Giliran Sektor Swasta Dapat Kenaikan Gaji - UNI-MLC
Kadar Dan Upah Sektor Swasta Perlu Dikaji Semula

Kuala Lumpur, 18 Ogos 2024, 8.00 malam – BARU-baru ini penjawat awam diseluruh negara telah pun dihidangkan dengan berita gembira iaitu kenaikan dan penyelarasan gaji diantara 7% sehingga 42% kepada 1.6 juta penjawat.

Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) berkata, sudah sampai masanya pihak sektor swasta akan melakukan tindakan konstruktif bagi memastikan adanya kenaikan dan pelarasan gaji untuk pekerja masing-masing. Semua pihak sedia maklum majoriti pekerja sektor swasta belum menikmati pelarasan gaji selepas pandemik Covid-19 dahulu.

Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, memandangkan kos sara hidup yang makin tinggi dari hari ke hari, kadar upah dan gaji sektor swasta perlu dikaji semula dan para majikan diperingkat swasta seharusnya peka dengan perkembangan masa. Kebajikan untuk para pekerja dan keluarga perlu difikirkan, maka itu kadar yang sesuai dengan taraf kehidupan perlu difikirkan.

UNI-MLC sektor swasta akan mengambil maklum akan nasihat kedua-dua Perdana Menteri dan Menteri Sumber Manusia. Setiap inci pendapatan dan keperluan harus dilihat dan dinilai dari semua sudut supaya ia seimbang dan tentunya setiap pekerja akan merasa selesa dan selamat serta dihargai.

Dengan menaikkan kadar gaji dan upah para pekerja swasta sudah tentu akan menaikan semangat mereka untuk bekerja dan ini akan menyumbang kepada produktiviti yang cemerlang. Untuk rekod, UNI-MLC telah membawa perkara ini untuk perhatian lima orang perdana menteri sebelum ini namun masih tiada jalan penyelesaian.

UNI-MLC pernah mengetengahkan isu ini untuk perhatian kerajaan sejak dua dekad lalu, tetapi sehingga kini tidak ada penyelesaian muktamad dan ianya menjadi tanda tanya bilakah perkara ini dapat di realisasikan.

Menyentuh mengenai kadar pencen, UNI-MLC juga berharap Kerajaan Perpaduan akan akan menyelesaikan isu pencen sangat rendah yang diterima oleh pesara-pesara syarikat milik kerajaan (GLC) yang telah diswastakan pada tahun 1980-an.

Kredit – Malaysia Kini

#Prezcom

Baca Lebih Banyak Berita :

Kadar Baharu Sewa Mesin Jentuai Membebankan Petani.