
Kuala Lumpur, 16 Ogos 2024, 12.00 malam – PENGERUSI Badan Bertindak Petani Mada, Che Ani Mat Zain berkata, terdapat laporan mengatakan pengusaha mesin jentuai padi di Kedah dan Perlis, bakal menaikkan sewa daripada RM140 serelung (0.3 hektar) pada musim lalu kepada RM200 bermula musim ini.
Menurut Che Ani, kaedah bayaran upah sewa jentera itu yang semakin ‘tidak masuk akal’ dan membebankan petani. pengusaha mesin tersebut sebaiknya mengikut kaedah bayaran di Selangor dan Perak dengan mengenakan upah pada kadar RM80 per tan padi pada musim lalu.
Menurut beliau lagi, Jika kenaikan sewa mesin jentuai terlalu tinggi, kenaikan upah akan mencapai sehingga RM60 bagi setiap relung. Menurutnya lagi, adakah pengusaha ini menggunakan minyak diesel? Adakah disebabkan kenaikan harga minyak diesel maka upah mesin jentuai akan mengalami kenaikan juga?
Prorata pesawah memiliki diantara lapan hingga 10 relung sawah, maka kos kami akan meningkat antara RM360 hingga RM600. Adalah sangat membebankan dan tidak setimpal dengan harga padi yang dijual.
Berikutan itu, Che Ani meminta bayaran sewa mesin jentuai di seluruh negara. Upah sewa mesin jentuai di Selangor dan Perak adalah RM80 per tan padi. Ia perlu ditetapkan pada kadar sama iaitu mengikut jumlah tuaian padi bagi membolehkan situasi ‘menang-menang’ kepada semua pihak.
Berikutan kenaikan harga diesel, dijangkakan kadar itu mungkin naik kepada RM100 per tan pada musim menuai tahun ini. Pengusaha mesin jentuai juga perlu mengelak keadaan ‘padi tumpah’ akibat pemandu mesin jentuai tidak berhati-hati ketika mengendalikan jentera.
Kadar upah yang sama perlu dikena samarata kerana mesin jentuai dari Kedah turut digunakan di Perak dan Selangor. Kenapa perlu ada perbezaan harga ?
Menurut Che Ani, kemarau di Kedah dan Perlis sebelum ini tidak akan memberi kesan kepada pengeluaran padi kerana kerja menabur benih telah pun dilakukan pada bulan april lalu. Masalah air juga dijangkakan tidak akan berlaku diawal musim. Cuma ada sedikit kebimbangan untuk permulaan musim menanam pada bulan Oktober akan datang.
Kredit – Metro
#Prezcom
Lebih Banyak Berita :
KDN Membatalkan Larangan Terhadap Penerbitan Komik Tulisan Bekas Ahli DAP.