KDN Membatalkan Perintah Larangan Terhadap Penerbitan Komik Tulisan Bekas Ahli DAP
Komik Hasil Tulisan Bekas Ahli DAP

Kuala Lumpur, 15 Ogos 2024, 9.00 malam –KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) membatalkan Perintah Larangan terhadap penerbitan komik hasil tulisan seorang bekas ahli DAP iaitu Hew Kuan Yau. Komik yang bertajuk ” Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama” telah diwartakan pada tahun 2019.

Perkara itu telah ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bertarikh 6 Ogos dan diberitakan didalam Warta Kerajaan Persekutuan pada 12 Ogos 2024. Larangan terhadap penerbitan ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ dalam tiga versi bahasa itu melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 288/2019 telah dibuat oleh KDN pada 23 Oktober 2019.

Sebelum ini KDN telah membuat perintah larangan penerbitannya disebabkan kandungannya yang berkemungkinan boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan serta mungkin juga boleh mengganggu pemikiran orang ramai.

Isi kandungan penerbitan tersebut diantaranya adalah cubaan mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme, menyebarkan fakta salah dan berkemungkinan boleh mengelirukan orang ramai mengenai komunis. Selain dari itu, ia juga dilihat mampu membangkitkan sokongan dan mengembalikan semangat terhadap perjuangan komunis. Perkara seperti ini boleh mengancam ketenteraman dalam negara.

Pada menjalankan kuasa yang diberikan Subseksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301), menteri membatalkan Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No. 3) 2019 (P.U. (A) 288/2019) yang telah disiarkan dalam Warta pada 23Oktober 2019 yang melarang pencetakan, pengimportan,penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan yang dinyatakan dalam Jadual,” berdasarkan Warta Kerajaan Persekutuan itu.

Apa yang terkandung didalam warta tersebut adalah pembatalan Perintah Larangan itu membabitkan penerbitan komik itu dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris yang bertajuk ‘Belt and Road Initiative for Win-Winism’ dan bahasa Cina.

Pada 8 Disember 2022, Kerajaan Persekutuan gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk mengembalikan semula larangan ke atas penerbitan komik yang ditulis oleh Hew Kuan Yau.

Peguam Vince Tan Hoo Seh, yang mewakili Kuan Yau, mengatakan hakim tidak menemui perkara yang mengaitkan kepentingan awam untuk mewajarkan usaha mengembalikan larangan itu. Tiada isu atau penemuan baharu yang timbul yang dikemukakan oleh kerajaan.

Warta Perintah Larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301). Perintah itu menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini dilarang secara mutlak di Malaysia

Kredit – Berita Harian

# Prezcom

Baca Lebih Banyak Berita:

Penuntut IPT Akan Berdepan Tindakan Jika Benarkan Akaun Diguna Oleh Sindiket.