
Kuala Lumpur, 12 Ogos 2024, 11.00 malam – Penuntut institusi pengajian tinggi yang membenarkan akaun bank digunakan oleh sindiket penipuan akan berdepan tindakan undang-undang. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, berdasarkan pindaan Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang diluluskan baru-baru ini, tindakan boleh diambil terhadap pemilik jika terbukti akaun mereka digunakan oleh sindiket.
Terdapat kes dimana pelajar universiti telah membenarkan akaun bank mereka dan instrumen pembayaran serta kad bank digunakan oleh sindiket untuk menjalankan operasi penipuan mereka. Mengulas lanjut, beliau berkata, terdapat trend peningkatan kes penipuan dalam talian berdasarkan aduan yang diterima. Oleh itu pihaknya akan memperluas hebahan serta kempen kesedaran kepada rakyat agar tidak menjadi mangsa penipuan yang berleluasa.
Saifuddin berkata, satu langkah yang dibuat adalah menerusi pindaan Kanun Keseksaan. Pindaan terhadap Kanun Tatacara Jenayah yang membolehkan seorang polis berpangkat sarjan yang menerima aduan mengenai jenayah penipuan dalam talian membabitkan akaun bank boleh bertindak membekukannya.
Dalam pada itu Saifuddin berkata, bagi memudah dan mempercepat rakyat mendapatkan perkhidmatan kerajaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencetuskan idea “Program Sua Mesra bersama KDN.” Berbagai aktiviti telah diatur, antaranya adalah Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang, pemberian diskaun 50 peratus bagi saman yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia, Jom Exchange al-Quran dan Pameran KDN serta agensi di bawahnya.
Didalam program tersebut, Saifuddin turut melancarkan SKUAD Antidadah di Padang Serai iaitu cawangan pertama ditubuhkan mengikut kawasan Parlimen diseluruh negara. Ini merupakan satu usaha penambahbaikan bagi pengurusan badan sukarelawan.
Kredit – BERNAMA
#Prezcom
Lebih Banyak Berita :
Guna Logo LHDN Tanpa Kebenaran Merupakan Satu Kesalahan Dibawah Akta 414.