Kenaikan Gaji Perkhidmatan Awam Akan Menguntungkan Sektor Automobil
Jenama Proton Dan Produa Dijangka Akan Mendapat Permintaan Tinggi

Kuala Lumpur, 16 Ogos 2024, 10.00 malam – Sektor Automobil dijangka akan mendapat keuntungan yang tinggi apabila kenaikan gaji kakitangan awam direalisasikan. Perkara ini disokong kerana 1.5 juta penjawat awam akan mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi dan lebih mudah mendapat kelulusan bank, jelas AmInvestment Bank.Ini bermaksud pembiayaan pinjaman kereta tidak akan ragu-ragu kerana tiada akan timbul masalah untuk meluluskan pinjaman baharu.

Perodua dan Proton merupakan dua jenama kereta yang menjadi kegemaran dikalangan penjawat awam. Dengan kenaikan gaji oleh penjawat awam ini maka dua jenama kereta yang popular ini akan menikmati permintaan yang lebih besar. Ini dinyatakan menerusi laporan kemas kini sektor tersebut pada Selasa.

Pada hari ini, 16 Ogos 2024, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus hingga 43 peratus bagi tahun 2024. Berdasarkan jangkaan semakan gaji kakitangan awam, penjualan kereta bakal melonjakkan dan kereta terutama bagi segmen kereta mampu milik iaitu model Perodua Axia dan Bezza akan dijangka akan menjadi pilihan.

Gaji yang lebih tinggi secara automatik bermakna nisbah keberhutangan yang lebih baik. Oleh itu, bank pelaburan itu telah menyemak ke atas jumlah volum industri (TIV ) pada 2024 kepada 750,000 berbanding 740,000 sebelum ini.

Menurut AmInvestment Bank, penerima manfaat utama ialah MBM Resources (yang memiliki 20 peratus dalam Perodua), Sime Darby (yang menguasai Perodua sebanyak 38 peratus) dan DRB HICOM yang mempunyai 50 peratus kepentingan dalam Proton.

Ia juga menaikkan unjuran pendapatan MBM Resources bagi tahun kewangan 2024 kepada tahun kewangan 2026 masing-masing sebanyak 3.0 peratus, 5.2 peratus dan 3.7 peratus, berdasarkan jangkaan semakan gaji kakitangan awam.

Kredit – Bernama

#Prezcom

Lebih Banyak Berita :

Isu Tanah Jalan Duta Akan Beri Implikasi Serius Pada Negara.