Sultan Ibrahim Mahu Meluangkan Masa Bersama Keluarga Sebelum Memegang Tanggungjawab Yang Lebih Besar

Kuala Lumpur, 7 Januari 2024, 4.00 petang – SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, baginda tidak akan menerima apa-apa permohonan menghadap sehingga 31 Januari.

Baginda bertitah bermula sekarang sehingga baginda mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda tidak akan menerima apa-apa permohonan untuk mengadap.

Namun, baginda hanya akan menerima majlis yang telah ditetapkan serta sesi mingguan bersama Menteri Besar Johor dan kerajaan negeri.

Dalam tempoh berkenaan, baginda hanya ingin meluangkan masa bersama keluarga tercinta kerana masa bersama keluarga merupakan masa yang berkualiti sebelum menjalankan amanah dan tanggungjawab yang cukup besar,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) pada Sabtu.

Pada 27 Oktober lepas, Majlis Raja-Raja bersetuju melantik Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari 2024.

Sultan Ibrahim akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Januari ini. Al-Sultan Abdullah memegang tampuk kepimpinan negara selama lima tahun bermula 31 Januari 2019.

Ayahanda Sultan Ibrahim, Almarhum Sultan Iskandar merupakan Yang di-Pertuan Agong Ke-8 yang dipilih pada tahun 1984.

#PrezCom