Tiada Permohonan Menghadap Sehingga 31 Januari – Sultan Ibrahim

Kuala Lumpur, 7 Januari 2024, 4.00 petang – SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, baginda tidak akan menerima apa-apa permohonan menghadap sehingga 31 Januari. Baginda bertitah bermula sekarang sehingga baginda mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda tidak akan menerima apa-apa permohonan untuk mengadap. Namun, baginda hanya akan menerima majlis yang telah ditetapkan […]