Kuala Lumpur, 1 Disember 2023, 12.30 tengahari – . POLITIKING yang  tidak kedamaian sering membadai negara dalam beberapa tahun kebelakangan ini  semakin rancak setiap kali Parlimen bersidang.

Bukan sahaja mengalihkan tumpuan kerajaan sebelum ini untuk melaksanakan tugas mereka, namun, pada pandangan umum, ia telah mengecewakan sebahagian besar rakyat Malaysia yang hanya mahu meneruskan cabaran hidup seharian.

Isu 3R (Raja, Agama dan Bangsa) yang sering diputarkan telah menegangkan hubungan antara kaum yang hidup beriringan antara satu sama lain, mengancam keharmonian dan kedamaian yang kita nikmati sebagai sebuah negara.

Kerajaan dan pembangkang perlu mendapat kata sepakat berhubung peruntukan yang diberikan kepada ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kedua-dua belah pihak sekiranya mahu merealisasikan pelan pendamaian demi rakyat.

Pelan pendamaian perlulah bermula dengan keadilan, kenapa agaknya asyik bergaduh dan tidak boleh berdamai? Sebab mereka menidakkan hak rakyat, kalau tidak ada pelan mana datang damainya.

Beri peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukannya memulihkan negara ini. Kita sudah jauh ketinggalan berbanding negara-negara jiran. Sekarang sebenarnya masa untuk perdamaian walaupun sementara.

Langkah terbaik ialah menjadi pengkritik kepada kerajaan terhadap dasar-dasar yang digubal dan mengingatkan mereka terhadap janji-janji dalam manifesto mereka. Majoriti sudah memilih kerajaan ini. Maka sama-samalah membentuknya menerusi kritikan membina. Kalau mereka gagal, kita ubah dalam PRU16 atau mungkin lebih awal!

#PrezCom

Baca Lebih Banyak Artikal :

 

Kepentingan 33 Juta Rakyat Akan Jadi Keutamaan Saya, Bukan 222 Wakil Rakyat – Sultan Ibrahim Iskandar

Bekas Panglima Angkatan Tentera Bantu Mangsa Banjir Bukan Harapkan Balasan Jadi Calon.