Kuala Lumpur, 20 November 2023, 11:38 – TIMBALAN Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, calon BN yang dipilih adalah yang terbaik kerana beliau banyak berjasa kepada penduduk Kemaman terutama semasa banjir besar pada 2013. Ketika banjir berlaku, beliau membina jambatan besar di Kemaman. Sewaktu itu ,beliau masih lagi berkhidmat di ATM. Mohamed Affandi juga berjasa terhadap negara semasa menjadi Panglima Angkatan Tentera dengan membawa imej ATM ke tahap lebih tinggi.

Mohamad berkata lagi, budaya ‘cah keting’ dalam kalangan anggota parti itu tidak akan berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman kerana tidak kedengaran apa-apa bahkan setiap peti undi menerima baik calon yang diturunkan untuk mewakili BN. Katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas hadir memberi sokongan kepada calon BN pada penamaan calon di Kemaman. Apa yang penting adalah fokus terhadap kerja parti. Menurut Mohamad lagi, adalah amat penting bagi BN untuk memenangi PRK kali ini kerana BN perlu mengembalikan kegemilangan parti itu seperti dahulu.

Dalam menghadapi tempoh berkempen 14 hari PRK yang bermula minggu ini, penting untuk kita dekati pengundi kita dulu, ahli BN, UMNO sendiri, kemudian dekati pengundi yang dahulunya atas pagar, yang ada masalah, yang dulu cah keting pun ada yang sentiasa tidak puas hati dengan calon yang dipilih oleh parti. Apabila timbul rasa tidak puas hati, maka akan berlaku cubaan mensabotaj parti dari dalam. Ada juga yang cuba menidakkan keputusan parti di peringkat bahagian yang menetapkan individu tertentu bertanding di sesebuah kawasan pilihan raya.

PRK kali ini diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada PRU15. Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 Nov ini sebagai tarikh mengundi awal dan 2 Dis bagi hari mengundi. PRK Kemaman menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara BN yang mempertaruhkan Raja Mohamed Affandi dengan calon PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

#PrezCom