
Kuala Lumpur, 23 November 2023, 12:37 – SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, bertitah, keutamaan baginda bukan untuk menjaga kepentingan politik 222 wakil rakyat, namun sebaliknya 33 juta rakyat Malaysia akan menjadi kepentingan dan keutamaan baginda. Baginda turut bertitah bahawa pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 bukanlah satu kenaikan pangkat, namun tambahan tanggungjawab yang memerlukan pengorbanan masa dan tenaga sebagai Ketua Negara. Menurut baginda lagi, pada hari ini negara telah dijangkiti satu virus yang pernah baginda sebutkan dahulu semasa di Pasir Gudang iaitu virus perpecahan.
Virus caci-mencaci, menabur fitnah dan memecahkan perpaduan rakyat hanya disebabkan mengejar kuasa dan ingin mengekalkan kedudukan demi kepentingan peribadi . Virus ini berpunca daripada pemimpin politik. “Ingin saya ingatkan mengenai satu penyakit sedang datang ke Johor akibat sejenis virus yang amat merbahaya, lebih teruk daripada Zika kerana tiada penawarnya. Virus yang saya maksudkan adalah virus perpecahan,” titah baginda.
Sehubungan itu, baginda menitahkan supaya semua pemimpin perlu menghormati antara satu sama lain dan sentiasa bertolak ansur bagi meningkatkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Titah baginda itu diucapkan di dalam akaun rasmi ini. Titah ucapan Sultan Ibrahim itu adalah sempena Majlis Istiadat Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda Ke-65 di Dewan Singgahsana Istana Besar Johor Bahru, hari ini.
Pada 3 November 2016, Sultan Ibrahim dilaporkan bertitah, parti politik baharu dan ahlinya adalah punca kepada perpecahan dan penyebar virus sehingga sanggup menghentam kerajaan dan menghasut rakyat supaya membenci pemimpin. Baginda bertitah, virus perpecahan itu telah dibawa ke negeri tersebut oleh pemimpin dan parti baharu itu. Disebabkan kehadirannya, kemakmuran dan kesejahteraan negara telah musnah dan ia amat merbahaya kerana tiada penawar untuk penyakit itu.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebelum ini dilaporkan dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, pelantikan selama lima tahun itu berkuat kuasa 31 Januari 2024.
#PrezCom