Kredit Imej: MediaMuliaTV

Sengaja di tularkan di media sosial, video yang di upload oleh Tun Faisal Ismail Aziz tentang rintihan Ismail Sabri terhadap parti UMNO dan sewaktu penjawatannya sebagai Perdana Menteri yang kecundang di PRU 15.

Dalam rintihan itu Ismail Sabri menyampaikan beberapa perkara, Katanya:

1. “Dulu UMNO waktu saya, saya dikritik begitu teruk tetapi hari ini di sanjung begitu mulia,”… “Waktu saya menteri kabinet kita ada ‘exact figure’ 11 menteri UMNO, campur 1 Perdana Menteri, campur dua BN (MCA dan MIC), kita ada 14 menteri kabinet. kabinet. Sekarang kita ada 6 menteri kabinet, 1 Timbalan Perdana Menteri dan 5 menteri lain.”

Jawapan: Petamanya kita patut berterima kasih kepada Ismail Sabri kerana beliau sendiri mengakui ‘UMNO kini disanjung begitu mulia’. Walaupun sewaktu Ismail Sabri menjadi perdana menteri dan separuh menteri kabinet adalah menteri Barisan Nasional (BN) dan Ismail Sabri sendiri menjadi ‘Poster Boy’ sewaktu PRU15 tetapi terbukti beliau tidak memberikan sebarang kelebihan kepada UMNO-BN.

Akibatnya UMNO-BN tewas pada PRU15 dan akibat dari ketewasan ini maka lojiklah kerusi menteri kabinet menjadi kurang. Apapun, walaupun kini dengan 6 kerusi didalam kabinet (1 Timbalan Perdana Menteri dan 5 menteri yang lain) dengan kebijaksanaan Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi sebagai presiden UMNO beliau telah berjaya menyelamatkan UMNO dari terus menjadi pembangkang atupun “Pembangkang Total” seperti yang dimahukan oleh sesetengah pemimpin UMNO yang lain. Presiden UMNO telah berjaya mengekalkan dan memertabatkan UMNO dan itulah sebabnya UMNO hari ini dilihat begitu mulia seperti dakwaan Ismail Sabri sendiri.

Terbaru juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memuji akan prestasi Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Meneri. Katanya: “Saya tengok pasukan kerja dan rakan-rakan saya, walaupun dengan pelbagai latar dan sejarah pertelingkahan serta pergaduhan itu besar, terutama TPM di sebelah kanan saya (Zahid), tetapi Alhamdulillah, tidak boleh dinafikan kesatuan pemikiran, kesatuan tekad itu wujud.

2. “Kenapa tak gunakan saluran yang betul untuk beri arahan kepada saya, Mesyuarat MT ada setiap bulan?”
Jawapan: Rupanya Ismail Sabri tahu ahli-ahli parti perlu menggunakan saluran yang betul untuk menyampaikan kritikan ataupun pandangan dan rupanya Ismail Sabri juga tahu Mesyuarat MT di adakan setiap bulan, tapi mengapa sejak kebelakangan ini Ismail Sabri sangat kerapkali ‘melanggau’ menggunakan media sosial untuk mengkritik UMNO secara terbuka? apakah Ismail Sabri lupa adanya saluran yang betul dan adanya mesyuarat MT yang diadakan sebulan sekali. Tindakan Ismail Sabri malangau di media sosial ini ini tak ubah seperti “Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Tapi Awak Yang Lebih”

Kami juga tertanya-tanya akan niat Tun Faisal menularkan video itu dengan bersungguh-sungguh sekali memandangkan Tun Faisal bukanlah lagi ahli UMNO kerana selepasnya pengantungannya selama hampir dua (2) tahun dan kini di pecat pula dari UMNO Tun Faisal yang dahulunya tidaklah begitu menyumbang kepada UMNO tiba-tiba sangat prihatin terhadap isu-isu UMNO. Apapun kita ucapkan tahniah kepada beliau kerana walaupun sudah di pecat tetapi kini beliau mula mengambil berat tentang UMNO.

Umum kita tahu Tun Faisal hanyalah seperti ‘Melukut di Tepi Gantang” yang adanya didalam UMNO tidak memberikan kesan apapun kepada parti UMNO dan keluarnya dari UMNO pun tidak mendatangkan apa-apa kecacatan pada UMNO. Jadi biarlah Tun Faisal ke parti lain semoga beliau boleh menyumbang disana. Untuk Ismail Sabri yang masih berstatus Naib Presiden UMNO dan yang masih menggunakan saluran media ketiga (media sosial) untuk mengkritik UMNO kita harap Ismail Sabri tidak menjadi ‘Seperti Dulang Paku Serpih’ dan bangun dari mabuk tidurnya.

Parti UMNO tidak perlukan ‘Langau’, ‘Katak,’ dan ‘Pelesit’ dan usaha untuk terus memberisihkan UMNO sepatutnya terus dipergiat demi kebaikan parti keramat.

Artikel Berkaitan:
Ismail Sabri: “Kawan atau Lawan?”
Apa Yang Lebih Bahaya dari Musuh Adalah “Musuh Dalam Selimut”

#SetiaBesamaPresiden
#MaruahUMNO
#Tekad
#TekadBantuRakyat
#MalaysiaMadani
#PrezCom