Ismail Sabri sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia dilihat lebih banyak mengkritik UMNO secara terbukan daripada memberikan pandangan atau membantu merancang strategi untuk UMNO terus bergerak kehadapan. Sebelum ini Ismail Sabari yang juga ahil MKT mengkritik keputusan MKT didalam isu ‘Pecat dan Gantung (PNG) ‘ secara terbuka. Ismail Sabri bukan sahaja tidak setuju dan beliau menambah kononnya ada kecacatan dalam proses PNG itu walaupun beliau sepatutnya tahu Perlembagaan UMNO menyatakan proses PNG ahli hanya perlu dirujuk kepada MKT sahaja.

Terbaru Ismail Sabari sekali lagi sengaja memalitkan persepsi buruk kepada UMNO apabila beliau memilih saluran media sosial untuk mengkritik UMNO dan bukannya mengikut saluran parti seperti yang sepatutnya. Tidakkah Ismail Sabri sedar UMNO kini berada dialam proses transformasi pembersihan parti secara total dan tidakkah Ismail Sabri peka akan tindakaannya mengkritik UMNO dengan menggunakan saluran ketiga (media sosial) hanya akan menyumbang persepsi buruk terhadap UMNO terutama apabila Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin hampir.

Ismail Sabri nampaknya cuba mengelirukan rakyat dan ahli-ahli UMNO sekali lagi apabila beliau membangkitkan semula isu-isu seperti:

  1. Katanya: “Kita dengan DAP sekarang, Tak akan kita nak menang dengan sokongan DAP”. Sedangkan Ismail Sabri tahu kerajaan sekarang adalah kerajaan Tuanku dan kerajaan ini dinamakan Kerajaan Perpaduan jadi tidak wujud isu ‘kita dengan siapa’ kerana tiada parti manapun yang berjaya mendapat majoriti.
  2. Katanya: “Kita mesti menang dengan sokongan orang Melayu, baru parti kita ini releven. Kita perlukan penjelasan dari kepimpinan UMNO”. Ismail Sabri bercakap seperti dia bukan ahli UMNO dan bukan naib Presiden UMNO. Beliaulah yang sepatutnya membantu kepimpinan sekarang memberikan penjelasan dan bukannya hanya pandai mengkritik.

Ismail Sabri sekarang dilihat lebih hebat mengkritik UMNO berbanding part lawan. Siapa Ismail Sabri sebenarnya dan mengapa beliau lebih banyak mengkritik parti menggunakan saluaran ketiga berbanding partinya sendiri dan mengapa beliau memilih untuk hanya mengkritik dan bukan bersama-sama membantu memperkasa UMNO bersama kepimpinan yang ada sekarang. Kita tunggukan penjelasan dari Ismail Sabri sendiri.

Isu Berkaitan:

Isu Pecat dan Gantung: “Apa Motif Ismail Sabri”
Isu Pecat dan Gantung Ahli UMNO: “Apa Kata Big Data”
Mengaku Salah dan Merayu atau Bersedia Menjadi Ancaman dan Liabiliti

#SetiaBersamaPresiden
#MaruahUMNO
#MasyarakatMadani
#Madani
#Tekad
#TekadBantuRakyat
#PrezCom