Kredit Gambar: Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Masih terdapat segelintir ahli-ahli UMNO yang meminta pejelasan tentang isu “Pecat dan Gantung (PNG)”. Terbaru UMNO Sembrong menuntut penjelasan tentang pengantungan yang dibuat terhadap Hishamuddin Hussein yang pada mereka seolah-olah Hishamuddin telah melakukan kesalahan berat sehingga di gantung selama 6 tahun. Kita tidak boleh menyalahkan mereka-mereka yang meminta penjelasan kerana merekan ini tidak tahu, tidak jelas ataupun tidak mendapat maklumat.

Pecat dan Gantung (PNG) ini mula menjadi isu kerana kegagalan UMNO memberikan penerangan secara jelas dan pantas. Sepatutnya satu sesi penerangan dibuat secara terus setelah keputusan dan tindakan PNG dibuat dan bukannya dibiarkan menjadi tanda tanya sehingga menyebabkan pelbagai persepsi terbentuk. Sehingga hari ini pun gerakkerja menerangkan isu ini tidak dibuat secara terus supaya ahli-ahli UMNO jelas akan apa yang berlaku supaya mereka juga boleh menerangkan kepada yang lain. UMNO perlu tahu bila sepatutnya mereka menyebarkan maklumat menggunakan salauran media sosial, bila sepatutnya mereka sepatutnya menggunakan saluran rasmi dan bila sepatutnya mereka perlu turun padang atau bersemuka secara online / offline untuk sesi penerangan. Setakat ini penerangan hanya dibuat di Facebook-facebook tidak rasmi dan lebih malang lagi hanya di buat laman facebook individu tertentu sahaja. Isu PNG ini bukan isu individu yang hanya sibuk disiarkan di laman Facebook individu.

Walaupun secara umum kini tahu pemecatan dan penggantungan pemimpin serta ahli Umno yang dibuat telah dipersetujui Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan telah mendapat rekomendasi dari Lembaga Displin dan sah dari sisi perlembagaan parti UMNO namun penjelasan haruslah dibuat dengan segera. Apa yang lebih mengejutkan lagi apabila Ismail Sabri Yaakob yang ada ketika Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memutuskan pemecatan itu kini mendakwa PNG ini tidak dibuat mengikut proses yang sewajarnya. Sekiranya benar jadi kenapa Ismail Sabri tidak membetulkannya sebelum apa-apa keputusan dan tindakan dibuat atau adakah Ismail Sabri memang menunggu masa untuk ‘menangguk di air yang keroh’. Apa tidakkah Ismail Sabri tahu bahawa Perlembagaan UMNO menyatakah pemecatan atau penggantungan ahli hanya perlu dirujuk kepada MKT sementara proses lain yang membabitkan Lembaga Displin UMNO hanyalah urusan dalaman. Sekiranya MKT telah memutuskan maka pemecatan dan pengantungan itu telah sah dan telah melalui proses yang sepatutnya. Atau adakah Ismail Sabri punya niat lain?

Dua perkara sangat perlu dibuat. Pertama UMNO perlu memperkasa media-media UMNO atau saluran hebahan dan penerangan yang didapati sangat lemah dan kedua kepimpinan UMNO yang ada perlu bersama menyokong Presiden UMNO dengan membantu membuat dan menyampaikan penerangan kepada ahli-ahli UMNO yang lain dan bukannya mendiamkan diri seolah-olah mencari jalan selamat dan membiarkan isu ini di tanggung oleh Presiden UMNO, Dato’ Dr. Ahmad Zahid Hamidi sahaja. Ahli-ahli UMNO perlu jelas ini adalah keputusan MKT dan bukannya keputusan Presiden UMNO secara peribadi.

#SetiaBersamaPresiden
#MaruahUMNO
#Madani
#MasyarakatMadani
#Tekad
#TekadBantuRakyat