Kuala Lumpur, 1 Februari 2023 04:21pm. Isu ‘Pecat dan Gantung (PNG)’ yang telah dipersetujui oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berakhir hari ini apabila penjelasan isu ini dirujuk kepada Perlembagaan UMNO. Terkeliru atau buat-buat terkeliru jawapannya tetap sama. Seperti yang kita tahu ‘pemecatan atau penggantungan ahli’ hanya perlu mendapat atau dirujuk kepada MKT.


MAJLIS KERJA TERTINGGI (MKT)

Merujuk kepada Perlembagaan parti yang dipinda pada tahun 2019, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bertanggungjawab menentukan keahlian, melucutkan jawatan serta menggantung keahlian dan bukan Lembaga Disiplin. Ini mengikut pada Fasal 10 yang merujuk kepada  10.6, 10.9 seperti dibawah :-


LEMBAGA DISIPLIN

Manakala tugas Lembaga Disiplin mengikut Fasal 20.1, Majlis Kerja tertinggi berhak menubuhkan Lembaga Disiplin di peringkat Pusat dan Negeri serta menentukan peraturan-peraturan kuasa-kuasa dan mengenakan hukuman kerana melanggar peruntukkan perlembagaan dan kesalahan lain yang disenaraikan didalam tataertika ahli UMNO atau mana-mana peraturan lain.”

Dan…

Fasal 20.4 tanpa menyentuh bidang kuasa Majlis Kerja Tertinggi, Lembaga Disiplin atau Jawatankuasa Disiplin, setelah mendengar dan berpuas hati terhadap perlanggaran peruntukan Perlembagaan ini atau Tataertika ahli UMNO, boleh mengenakan mana-mana hukuman mengikut kuasa yang tertakluk dalam Perlembagaan. Ini bermakna Lembaga Disiplin tidak boleh mendahului peranan kuasa Majlis Kerja Tertinggi. Umum mengetahui pemecatan pemimpin UMNO yang berlaku baru-baru ini menjadi pertanyaan dan tanda tanya mengapakah tiada proses pembelaan untuk memberi peluang kepada mereka membela diri kerana Ini tiada di dalam pelembagaan parti.


RAYUAN DAN DEMOKRASI

Walau bagaimanapun, mereka yang terlibat masih boleh membuat rayuan kerana merujuk kepada perlembagaan Fasal 20.6 Seseorang ahli atau pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan disiplin yang dikenakan oleh Jawatankuasa Disiplin, hendaklah merayu kepada Lembaga Disiplin terlebih dahulu sebelum rayuan terakhir itu dibawa ke peringkat Majlis Kerja Tertinggi untuk keputusan muktamad.

Oleh itu, tuduhan menyatakan keputusan PNG  pemimpin-pemimpin UMNO tersebut adalah keputusan Presiden semata-mata adalah tidak benar dan berniat jahat memandangkan keputusan telah melalui proses perbincangan dan telah dipersetujui diperingkat Majlis Kerja Tertinggi terlebih dahulu setelah bukti-bukti kesalahan mereka disiasat oleh Jawatankuasa Lembaga Disiplin.

RUJUKAN KES TERDAHULU
Melalui proses yang sama, pada tahun 2003, Datuk Ibrahim Ali telah dipecat sama seperti Tan Sri  Muhyiddin, Dato Mukhriz dan Dato Shafie pada tahun 2016. Manakala pada bulan Februari 2020 Datuk Lokman Adam turut mengalami nasib yang sama tetapi Datuk Lokman telah membuat rayuan. Ini membuktikan masih ada proses demokrasi dan juga masih wujud ruang dan peluang sekiranya pemimpin-pemimpin tersebut benar-benar sayangkan parti. Apa yang terjadi hari ini kebanyakan yang terlibat hanya cuba mempertahankan ‘benang yang basah’ dan terus-menerus memainkan sentiment negatif terhadap UMNO.


KESIMPULAN

Mereka-mereka yang dipecat dan digantung kini sudah masuk ke fasa kedua iaitu ‘move on’ ataupun mengaku bersalah dan ‘merayu’ kepada Lembaga Disiplin kerana kita tahu Khairy dan Noh Omar secara khususnya tidak mempunyai platform politik yang kukuh untuk mendirikan parti mereka sendiri dan sekiranya mereka ingin menyertai parti lain sesungguhnya mereka ini hanya akan dianggap sebagai ‘ancaman’ ataupun ‘liabiliti’ kepada parti sahaja.

#MasyarakatMadani
#TekadBantuRakyat
#PrezCom