Kuala Lumpur, 5 Mac 2023 03:55pm. Tahun 2013 Noh Omar menerajui Selangor sebagai Pengerusi Perhubungan Selangor dan kemudian melepaskan jawatan pada 30 Jun 2018 susulan gagal menawan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Konon Alasannya: “Saya mahu beri peluang kepada muka baharu (memimpin UMNO Selangor) yang mungkin akan ada pendekatan (membangunkan parti) dengan lebih baik.” Noh Omar tidak langsung memikirkan nasib UMNO Selangor dan membiarkan UMNO Selangor terkapai-kapai tanpa pemimpin setelah kalah pada PRU-14.

Pada tahun 2020 setelah kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang dan kerajaan Perikatan Nasional terbentuk hasil gabungan Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Berastu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Maju Sabah (SAPP), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS), Noh Omar muncul semula untuk menerajui UMNO Selangor. Jawatan yang dahulu ditinggalkan olehnya diambil semula.

Pada 20 November 2022, setelah UMNO tewas pada PRU15 Noh Omar kembali mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengurusi Perhubungan UMNO Selangor. Konon Alasannya: “Saya meletakkan jawatan sebagai Ketua Perhubungan UMNO negeri kerana parti sudah hilang kepercayaan kepada saya. Saya juga hilang keyakinan terhadap presiden parti,” katanya. Noh mungkin tidak menjangkakan Barisan Nasional yang hanya menang 30 kerusi akan dapat menjadi kerajaan.

Ringkasnya setiap kali UNNO tewas pada PRU Noh Omar akan meletakkan jawatannya dengan memberikan pelbagai alasan seperti diatas dan setiap kali UMNO kembali menjadi kerajaan Noh Omar kembali semula mahu menerajui UMNO Selangor. Maka tidak hairanlah kenpa UMNO Selangor di bawah pentadbiran Noh Omar gagal memenangi Selangor.

Pada tahun 2023 Noh Omar berhadapan 16 tuduhan mensabotaj parti UMNO pada PRU15 yang mengakibatkannya keahliannya dalam UMNO di gantung selama 6 tahun akan tetapi Noh meminta parti memecatnya dari UMNO. Terkini Noh Omar dilihat terkapai-kapai mencari pentas untuk beraksi dan menawarkan dirinya kepada mana-mana parti sebagai penceramah bebas. Maka tepatsekalilah keputusan MKT UMNO memecat mereka-mereka yang menjadi ‘Gunting dalam Lipatan’ dan ‘Musuh dalam Selimut’ didalam UMNO

Kita ucapkan selamat maju jaya kepada Noh Omar.

#SetiaBersamaPresiden
#MaruahUMNO
#Tekad
#TekadBantuRakyat
#PrezCom