Yayasan Hijrah Selangor Menawarkan Modal RM50,000 Kepada Usahawan Wanita.

Kuala Lumpur, 05 Okt 2024, 11.00 malam – YAYASAN Hijrah Selangor (Hijrah) menawarkan pembiayaan sebanyak RM50,000 bagi membantu usahawan wanita yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan dan berhasrat untuk mendapatkan modal pusingan perniagaan. Agensi itu memaklumkan di Facebook, pembiayaan di bawah skim Niaga Darul Ehsan (NaDi) itu diberi khusus untuk usahawan wanita yang bertujuan untuk memulakan perniagaan. […]