Kuala Lumpur, 05 Okt 2024, 11.00 malam – YAYASAN Hijrah Selangor (Hijrah) menawarkan pembiayaan sebanyak RM50,000 bagi membantu usahawan wanita yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan dan berhasrat untuk mendapatkan modal pusingan perniagaan.
Agensi itu memaklumkan di Facebook, pembiayaan di bawah skim Niaga Darul Ehsan (NaDi) itu diberi khusus untuk usahawan wanita yang bertujuan untuk memulakan perniagaan.
Kepada para wanita di Selangor yang berminat dengan skim pembiayaan ini, boleh merujuk kepada Facebook Yayasan Hijrah iaitu: “Layari hijrahselangor.com untuk maklumat lanjut atau imbas kod QR (poster di bawah) untuk permohonan online.
Pada 11 September yang lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Hijrah Selangor, Dato’ Mearia Hamzah berkata, pembiayaan itu telah memanfaat 60,249 usahawan Hijrah Selangor, sekali gus membantu mereka melakukan pusingan modal perniagaan serta membeli kelengkapan perniagaan.
Dato’ Mearia Hamzah menjelaskan, sempena sambutan ulang tahun kesembilan agensi itu pada tahun ini, Yayasan tersebut telah menyasarkan untuk memberi pinjaman RM1 bilion kepada kaum wanita yang ingin menceburkan diri didalam bidang keusahawanan.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: