“You Punya Kawasan Under Saya” – Dua Individu Ditahan, Siasatan Kes Peras Ugut Libatkan Ahli Politik Tempatan

KUALA LUMPUR, 30 Mac 2026 Rakaman video yang memaparkan dua lelaki didakwa menuntut wang perlindungan daripada seorang pengusaha premis di Wangsa Maju membawa kepada penahanan kedua-dua individu berkenaan oleh pihak polis, sekali gus mencetuskan perhatian serius terhadap isu integriti dalam kalangan wakil komuniti tempatan. Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan […]
Kerajaan Pertimbang WFH Berfasa untuk Penjawat Awam, Tindak Balas Lonjakan Harga Minyak Global

KUALA LUMPUR, 29/3/2026 Kerajaan sedang menilai pelaksanaan kerja dari rumah secara berfasa dan terpilih untuk penjawat awam sebagai langkah segera mengurangkan tekanan kos hidup susulan kenaikan harga minyak dunia akibat ketegangan geopolitik melibatkan Amerika Syarikat dan Iran. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam satu perutusan khas petang tadi memaklumkan bahawa pendekatan kerja fleksibel itu […]
RM9.5 Juta ‘Yuran Perlindungan’: Ahli Perniagaan Dakwa Terpaksa Bayar Bagi Hentikan Tekanan ‘Mafia Korporat’

KUALA LUMPUR, 28/3/2026 Seorang ahli perniagaan tempatan tampil mempertahankan pembayaran RM9.5 juta yang didakwa disalurkan kepada kumpulan dikenali sebagai “mafia korporat”, dengan menegaskan ia bukan rasuah sebaliknya bayaran terpaksa bagi menghentikan tekanan berterusan terhadap dirinya dan pihak berkaitan. Victor Chin Boon Long dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa bayaran tersebut tidak bertujuan mempengaruhi mana-mana agensi penguatkuasaan […]
ADI 2026: JPK–JKM Ganding Bahu Perkasa Peluang Kerjaya Golongan Rentan

PUTRAJAYA, 22 Mac 2026 Usaha memperkukuh kebolehpasaran pekerjaan dalam kalangan golongan rentan kini diperkasakan melalui kerjasama strategik antara Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi pelaksanaan program Akademi Dalam Industri Berinsentif 2026. Perbincangan rasmi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Pembangunan Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat itu menghimpunkan delegasi kedua-dua agensi bagi menyelaras hala tuju […]
Revolusi TVET 2026–2030: Akta 652 Bakal Dirombak, Sistem Latihan Kemahiran Negara Masuki Fasa Baharu

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2026 Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara dijangka mengalami transformasi besar apabila kerajaan merangka pelaksanaan pelan Revolusi TVET 2026–2030, termasuk cadangan pindaan menyeluruh terhadap Akta Pembangunan Kemahiran 2006 (Akta 652). Perkembangan itu dimaklumkan dalam sesi dialog bersama Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia, YBhg. Ts. […]
Kehadiran Kulasegaran Cetus Bayangan Campurtangan Politik dalam Sistem Mahkamah

PETALING JAYA, 19 Mac 2026 Tindakan seorang timbalan menteri daripada DAP hadir di luar kompleks mahkamah sebelum seorang aktivis didakwa atas pertuduhan mencetuskan kebimbangan awam telah mencetuskan kritikan terbuka daripada beberapa pemimpin kanan parti itu sendiri, yang melihatnya sebagai berpotensi menjejaskan persepsi terhadap integriti sistem kehakiman. Empat pemimpin DAP, termasuk naib pengerusi Syahredzan Johan, penolong […]
Sindiket Penipuan Beralih Taktik dari Online ke Hirbid: Rakyat Malaysia Dikesan Terlibat Kutipan Tunai di Singapura

SINGAPURA, 18 Mac 2026 Lebih 50 rakyat Malaysia telah ditahan sejak Mei 2025 kerana disyaki menjadi ‘pengutip wang’ kepada sindiket penipuan yang kini beralih kepada kaedah fizikal, satu perubahan strategi yang semakin membimbangkan pihak berkuasa Singapura. Perkembangan ini berlaku ketika kawalan keselamatan sistem perbankan digital diperketatkan, menyukarkan pemindahan wang secara dalam talian oleh penjenayah. […]
Akmal Saleh Berang, Zamri Vinoth Digari, Arun Dorasamy di Teman Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 17 Mac 2026 Perbezaan layanan terhadap dua individu yang didakwa di bawah peruntukan undang-undang sama mencetuskan polemik baharu apabila peguam kepada pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, mendakwa wujud layanan tidak konsisten oleh pihak polis, sekali gus menimbulkan persoalan tentang integriti prosedur penguatkuasaan. Zamri, 42, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari […]
Perompak Bersenjatakan Parang Rompakan FamilyMart Desa Setapak

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2026 Dua lelaki bersenjatakan parang dipercayai merompak sebuah premis serbaneka FamilyMart di Desa Setapak pada awal pagi Jumaat lalu sebelum melarikan diri dengan wang tunai serta beberapa telefon bimbit bernilai keseluruhan lebih RM6,000. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Polis Mohamad Lazim Ismail memaklumkan kejadian itu berlaku sekitar jam 1.59 […]
30 Tempat Sahaja: JPW Buka Penyertaan Program KIRANA Perkasa Wanita di Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR, 14/3/2026 Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) membuka penyertaan kepada wanita di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk menyertai Program KIRANA, sebuah inisiatif pembangunan diri yang memberi fokus kepada peningkatan kemahiran, keyakinan serta pembinaan jaringan sokongan dalam kalangan wanita. Program yang terhad kepada 30 peserta sahaja itu bertujuan memberi peluang kepada wanita untuk […]