Malaysia Sambung Semula Pengambilan Pekerja Bangladesh Walaupun Bayangan Sindiket Masih Menghantui

PUTRAJAYA, 13/82025 Malaysia dan Bangladesh bersetuju menyambung semula pengambilan pekerja warga Bangladesh ke negara ini selepas lebih setahun pembekuan, meskipun kebimbangan terhadap pengaruh sindiket dan kartel buruh antarabangsa masih belum reda sepenuhnya. Pembekuan tersebut bermula pada Jun 2024 apabila pihak berkuasa mendedahkan wujudnya sindiket yang mengenakan bayaran sehingga AS$5,000 (RM23,500) kepada pekerja untuk pekerjaan yang […]

Ketua Setiausaha Negara Tegur ‘Bahasa Putrajaya’, Arah Penjawat Awam Guna Bahasa Mudah Difahami Rakyat

PUTRAJAYA, 13/08/2025 Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, memberi teguran tegas kepada semua penjawat awam agar menghentikan penggunaan jargon atau bahasa terlalu teknikal ketika menerangkan dasar dan isu kerajaan kepada masyarakat umum. Beliau menegaskan bahawa amalan menggunakan istilah kompleks dan “bahasa Putrajaya” bukan sahaja menjauhkan rakyat daripada memahami polisi kerajaan, malah menjejaskan penyampaian maklumat […]

SIARAN MEDIA: Lebih 2,300 Hidupan Liar Maut di Jalan Raya – NRES dan WWF-Malaysia Umum Tindakan Agresif Sempena Hari Gajah Sedunia

KUALA LUMPUR, 13/8/2025 Lebih 2,300 insiden kematian hidupan liar akibat perlanggaran jalan raya direkodkan di Semenanjung Malaysia antara tahun 2020 hingga 2024, menurut data Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) yang menghubungkan Gerik, Perak, dan Jeli, Kelantan dikenal pasti sebagai salah satu laluan paling berisiko tinggi, terutama bagi spesies […]

8 Jam di Bilik Bedah Siasat: Peguam Saksi Setiap Detik Autopsi Zara Qairina

KOTA KINABALU, 12/8/2025 Selama lapan jam tanpa henti di bilik bedah siasat Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), peguam Shahlan Jufri menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri proses mencari kebenaran di sebalik kematian tragis remaja berusia 13 tahun, Zara Qairina Mahathir. Beliau, yang mewakili ibu Allahyarham, Noraidah Lamat, 45, adalah satu-satunya wakil keluarga yang dibenarkan berada di […]

Lebih 4,000 Kes Buli Di Malaysia: Buli Kini Boleh Dihukum Penjara 10 Tahun

PUTRAJAYA, 12/8/2025 Hukuman terhadap perbuatan buli di Malaysia kini diperkasa secara drastik apabila pindaan terbaru Kanun Keseksaan memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, bagi pesalah yang melakukan gangguan, penghinaan, atau pembulian termasuk di alam maya. Langkah ini diumumkan susulan kebimbangan masyarakat yang memuncak selepas beberapa kes buli berprofil tinggi, termasuk tragedi […]

Cadang Lanjutnkan Umur Persaraan – Malaysia Patut Bimbang?

KUALA LUMPUR, 12/8/2025 Cadangan kontroversi untuk menaikkan umur persaraan di United Kingdom kepada 74 tahun menjelang 2069 telah mencetuskan perdebatan global, termasuk di Malaysia. Laporan daripada Institute for Fiscal Studies (IFS) mendakwa langkah itu perlu bagi mengekalkan polisi “triple lock” pencen negara, sekali gus memastikan kos pencen kekal di bawah enam peratus daripada Keluaran Dalam […]

PM Anwar Tegas: Kematian Zara Qairina Bukan Bahan Politik, Siasatan Akan Dilaksana Secara Telus

PETALING JAYA, 11/8/2025 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan semua pihak perlu berhati-hati dalam mengulas kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, di Sabah, sambil menekankan bahawa proses undang-undang mesti berjalan tanpa campur tangan politik. Anwar berkata, kes tersebut tidak akan dipandang ringan berikutan pelbagai dakwaan mengenai punca kematian mangsa yang tular di […]

Shafie Apdal Tegas: Mansuhkan Hutang Pinjaman Pelajar Mampu Dilaksanakan

PETALING JAYA, 11/8/2025 Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menegaskan janjinya untuk memansuhkan semua baki hutang pinjaman pelajar Sabah sekiranya parti itu membentuk kerajaan negeri selepas pilihan raya akan datang bukan sekadar retorik politik, sebaliknya mampu dilaksanakan secara kewangan. Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, beliau mempunyai pengalaman menguruskan hutang besar […]

Ujian Perlanggaran Proton Wira 1993 Dedah Risiko Keselamatan Yang Mengerikan

MELAKA, 11/8/2025 Dentuman itu kedengaran singkat namun cukup untuk membuatkan semua yang berada di makmal Pusat Penyelidikan Keselamatan Kenderaan (PC3) Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) di Ayer Molek terpaku. Dalam tempoh kurang daripada satu saat, sebuah Proton Wira 1993 yang dipandu uji pada kelajuan 62 kilometer sejam menghentam dinding konkrit, memusnahkan hampir sepertiga […]

“Lebih 98,000 Rakyat Malaysia Pilih Tinggalkan Kewarganegaraan Demi Singapura. Reaksi Kerajaan & Cabaran Bendung ‘Brain Drain’”

KUALA LUMPUR, 10/8/2025 Malaysia kehilangan 98,318 warganya kepada Singapura sejak 2015 hingga Jun 2025, dengan rekod tahunan tertinggi pada 2024 iaitu 16,930 orang, menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Parlimen. Fenomena ini sekali lagi mencetuskan perdebatan tentang strategi negara menangani kehilangan modal insan (brain drain) yang kian meruncing. Dalam jawapan bertulis […]