Kelewatan Baja Subsidi Jejas Hasil Padi, Negara Rugi Jutaan Ringgit

SHAH ALAM. 3 Januari 2026. Negara dilaporkan menanggung kerugian mencecah jutaan ringgit susulan kemerosotan hasil padi yang berpunca daripada kelewatan penerimaan bekalan baja bersubsidi oleh pesawah, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap tahap keterjaminan makanan negara. Menurut Dr Ahmad, Pensyarah Kanan Jabatan Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia, kelewatan baja yang sepatutnya diterima […]

“Pet Friendly Mall” – Selangor Kekal Larang Haiwan di Ruang Dalam Mall

KUALA LUMPUR, 31 Disember 2025 Isu pusat beli-belah mesra haiwan kembali menjadi perhatian awam apabila Sunway Square Mall mengumumkan semakan semula polisi mesra haiwan dengan melarang kemasukan haiwan peliharaan ke kawasan dalaman tertutup, selaras dengan penegasan semula dasar kerajaan negeri Selangor yang mengekalkan larangan tersebut di semua pusat beli-belah dalam negeri berkenaan. Dalam satu kenyataan […]

Bukan Sekadar Tradisi: Jabatan Pertanian Jelaskan Mengapa Biji Benih Perlu Direndam Sebelum Disemai

  KUALA LUMPUR, 30 Disember 2025. Jabatan Pertanian Malaysia menegaskan bahawa amalan merendam biji benih sebelum proses penyemaian bukan sekadar kebiasaan turun-temurun, sebaliknya berasaskan prinsip sains tanaman dan fisiologi benih yang terbukti mampu meningkatkan kadar percambahan serta kualiti pertumbuhan awal tanaman. Menurut Jabatan Pertanian Malaysia, biji benih yang kering berada dalam keadaan dorman, iaitu tidak […]

Najib Dihukum Penjara 15 Tahun, Denda RM11.38 Bilion: Keputusan Mahkamah Tinggi 1MDB Gegarkan Putrajaya

PUTRAJAYA, 27 Disember 2025 Bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, dijatuhi hukuman penjara 15 tahun serta denda RM11.38 bilion oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa melibatkan suapan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selain 21 pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan jumlah yang sama. […]

Dewan Negara Lulus Skim Lindung 24 Jam: Perlindungan Pekerja Tanpa Had Waktu Kini Realiti

KUALA LUMPUR, 26 Disember 2025. Dewan Negara baru-baru ini meluluskan pelaksanaan Skim Lindung 24 Jam, satu pembaharuan penting yang memperluas perlindungan keselamatan sosial pekerja tanpa had waktu. Kelulusan ini menandakan langkah signifikan dalam reformasi buruh negara, dengan perlindungan kini meliputi risiko kemalangan dan kejadian tidak dijangka bukan sahaja di tempat kerja, malah di luar waktu […]

Dana Inovasi Media Dilancar: Kementerian Komunikasi Pacu Transformasi Industri Media Negara

Sumber Graphic: BERNAMA Infographic PUTRAJAYA, 25 Disember 2025 – Kementerian Komunikasi memperkenalkan Media Innovation Fund, satu inisiatif strategik bagi mempercepat transformasi industri media tempatan ke arah model yang lebih mampan, inovatif dan berdaya saing dalam landskap digital yang semakin mencabar. Dana ini bertujuan menyokong pembangunan kandungan, teknologi dan kaedah baharu dalam ekosistem media Malaysia. Media […]

Zahid Umum BN Mahu Hidupkan Semula GST Selepas PRU16, Anggap Sistem Terbaik Demi Keadilan Cukai

BUTTERWORTH, 23 Disember 2025 Pengerusi Barisan Nasional, Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan bahawa BN akan mendesak pengenalan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), dengan menyifatkannya sebagai sistem percukaian paling adil dan berkesan untuk memperkukuh hasil negara serta memastikan pengagihan lebih saksama kepada rakyat. Berucap ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-17 […]

Vespa Officina 8 Tiba Di Malaysia: Inspirasi Warisan Pasca Perang, Harga Cecah RM37,900

KUALA LUMPUR, 23 Disember 2025 Dua model edisi khas, Vespa Officina 8 GTV 300 dan Officina 8 Sprint 150, dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga masing-masing RM37,900 dan RM22,000, tidak termasuk cukai jalan, insurans serta pendaftaran. Pelancaran ini menandakan kemunculan semula naratif warisan ikonik Vespa yang berakar daripada jabatan eksperimen pasca perang di kilang […]

Perlindungan 24 Jam Untuk Pekerja: Pindaan Akta 4 Perluas Skim PERKESO, Tamatkan Kekeliruan Kemalangan Luar Waktu Kerja

KUALA LUMPUR, 21 Disember 2025 Kerajaan memperkenalkan satu perubahan besar dalam sistem perlindungan sosial negara menerusi pindaan Akta 4 yang melahirkan Skim Lindung 24 Jam, sekali gus memastikan pekerja dilindungi sepanjang masa tanpa mengira lokasi atau waktu berlakunya kemalangan. Langkah ini menamatkan isu berlarutan berkaitan tuntutan yang ditolak kerana kemalangan berlaku di luar waktu kerja, […]

300,000 Majikan Gagal Bayar Caruman PREKESO, Pekerja Terbiar Tanpa Perlindungan, Penalti Cecah RM157 Juta

PETALING JAYA, 21 Disember 2025 Kira-kira 300,000 majikan berdaftar di negara ini didapati gagal membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PREKESO) dalam tempoh ditetapkan, mengakibatkan penalti berjumlah RM157 juta serta mendedahkan ratusan ribu pekerja kepada risiko kehilangan perlindungan jika berlaku kemalangan atau penyakit berkaitan pekerjaan. Kegagalan majikan menjelaskan caruman PREKESO memberi kesan langsung kepada pekerja yang […]