Kerajaan Wajibkan eKYC untuk Media Sosial Namun Facebook, Instagram, YouTube Masih Gagal Patuh Lesen Malaysia

PUTRAJAYA, 20 Oktober 2025 Malaysia bakal mewajibkan semua platform media sosial melaksanakan pengiktirafan identiti digital (eKYC) sebagai langkah keselamatan siber baharu, namun pelaksanaan itu kini berdepan cabaran besar apabila syarikat gergasi seperti Facebook, Instagram dan YouTube masih beroperasi tanpa lesen rasmi di Malaysia. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata kerajaan telah memutuskan untuk memperkenalkan penguatkuasaan […]

ChatGPT Kini Rasmi di Malaysia: OpenAI Umum Pelan Langganan Bermula RM38.99 Sebulan

KUALA LUMPUR,12 Oktober 2025 OpenAI kini secara rasmi melancarkan pelan langganan ChatGPT berbayar untuk pengguna di Malaysia, menjadikan negara ini antara 16 pasaran baharu yang menerima akses penuh kepada teknologi kecerdasan buatan (AI) paling popular dunia itu. Pelan berbayar yang diperkenalkan terdiri daripada tiga peringkat; Go, Plus dan Pro dengan harga bermula serendah RM38.99 sebulan, […]

Insentif RM4,000 untuk Lupus Kenderaan Lama: Langkah Baharu Kerajaan Tangani Risiko Jalan Raya dan Pencemaran

  KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2025 Kerajaan mengumumkan insentif sehingga RM4,000 bagi pemilik kenderaan berusia lebih 20 tahun untuk melupuskan kenderaan lama mereka dan digantikan dengan kereta nasional baharu. Langkah ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini. Menurut beliau, inisiatif itu dilaksanakan melalui kerjasama […]

Tiada Lagi Kon, Tiada Lagi Parkir Haram Milik Sendiri!

AMPANG, 8 Oktober 2025 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan arahan tegas terhadap premis bengkel kenderaan, kedai aksesori dan pusat cuci kereta yang didapati “memonopoli” tempat letak kereta awam di hadapan premis mereka. Mulai bulan ini, semua pemilik premis berkenaan diwajibkan menyewa dua hingga tiga petak parkir bagi kegunaan perniagaan, atau berdepan tindakan penguatkuasaan termasuk […]

Selepas Arak Menteri Tourism Promosi Halloween. Netizen Tanya: Deepavali Tak Layak Dipromosikan Ke?

KUALA LUMPUR, 7 Oktober 2025 Tourism Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan selepas hantaran rasmi agensi itu di media sosial mempromosikan acara Nights of Fright 11 di Sunway Lagoon mengundang kecaman ramai. Tokoh pendakwah terkenal, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung, antara yang lantang membidas tindakan tersebut dengan mempertikaikan mengapa budaya Halloween yang tidak berakar dalam masyarakat […]

Syarikat NEXG Menang Kontrak Lagi dan Kali Ini Raih Kontrak RM732.72 Juta Bekal MyKad, Lanjutan Kontrak Pasport dan Kad Pengenalan

  KUALA LUMPUR, 5/10/2025 Syarikat teknologi maklumat dan komunikasi, NEXG Bhd, melalui anak syarikat milik penuh Datasonic Technologies Sdn Bhd, mengukuhkan lagi kedudukan sebagai pembekal utama dokumen pengenalan negara selepas berjaya memperoleh kontrak baharu bernilai RM732.72 juta daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tempoh enam tahun. Kontrak mega tersebut melibatkan pembekalan kad pengenalan nasional (MyKad), […]

Industri Udang Terjejas Teruk Selepas Kes Pencemaran Radioaktif, Eksport ke AS Menjunam

  JAKARTA, 8/10/2025 Industri udang Indonesia berdepan tamparan hebat selepas satu penghantaran udang ke Amerika Syarikat dikesan tercemar dengan bahan radioaktif Cesium-137 pada Ogos lalu, mengakibatkan kejatuhan permintaan pemprosesan sehingga 30 hingga 35 peratus. Menurut Persatuan Petani Udang Indonesia, pencemaran itu berpunca daripada produk syarikat PT Bahari Makmur Sejati (BMS) yang beroperasi di kawasan perindustrian […]

Seminar Tahunan Penjaja DBKL 2025: E-Dagang Jadi Senjata Baharu Usahawan Kecil

KUALA LUMPUR, 4/10/2025 Lebih 150 penjaja dan peniaga kecil berhimpun di Auditorium Menara DBKL 1 pada hari khamis 2 oktober bagi menghadiri Seminar Tahunan Penjaja 2025 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Seminar bertemakan “E-Dagang – Menerobos Batasan, Mencipta Peluang” itu memberi tumpuan kepada strategi digitalisasi dan ketersediaan penjaja untuk menyesuaikan diri dengan era teknologi […]

Kebebasan Media Malaysia Tercabar: Kritikan Disekat, Penahanan Tengah Malam Gegar Keyakinan

KUALA LUMPUR, 02/10/2025 Kebebasan bersuara di Malaysia sekali lagi dipersoalkan apabila siri penahanan individu, penggantungan media, serta tindakan terhadap pengkritik kerajaan menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat dan pengamal media. Dalam tempoh kurang seminggu, tiga kes berprofil tinggi mencetuskan tanda tanya mengenai komitmen kerajaan Madani terhadap janji reformasi yang pernah dilaungkan. Antara yang menjadi perhatian ialah […]

Bantuan Musim Tengkujuh 2025: Tempoh Permohonan Dilanjutkan Hingga 31 Oktober

  KUALA LUMPUR, 2/10/2025 Ribuan pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara menarik nafas lega apabila tempoh permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2025 dilanjutkan hingga 31 Oktober 2025, menurut kenyataan rasmi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Bantuan ini dilihat sebagai penyelamat utama kepada golongan pekebun kecil yang berdepan kesukaran ekonomi ketika […]