Teknologi Dron Perkuat Penguatkuasaan Lalu Lintas – 47 Saman Dikeluarkan dalam Operasi PGU di Lebuhraya Persekutuan

PETALING JAYA, 13 Jun 2025. Penggunaan teknologi dron oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini membuka dimensi baharu dalam penguatkuasaan lalu lintas, apabila penunggang motosikal yang ingkar menggunakan lorong khas tidak lagi dapat meloloskan diri walaupun berjaya melepasi sekatan fizikal. Inisiatif ini dilaksanakan menerusi Op Motosikal yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan […]

400,000 Peminjam PTPTN Masih Tidak Bayar Satu Sen Pun Selepas 10 Tahun – Tunggakan Cecah RM5 Bilion

PUTRAJAYA, 12 Jun 2025. Kira-kira 400,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disahkan belum pernah membuat sebarang bayaran balik pinjaman sejak tamat pengajian lebih sedekad lalu, menurut pendedahan terbaharu oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Beliau menyatakan bahawa jumlah tunggakan terkumpul bagi kumpulan peminjam ini telah mencecah sekitar RM5 bilion, […]

Honda Malaysia Panggil Semula 87,490 Kenderaan Kerana Isu Pam Bahan Api

KUALA LUMPUR, 12 Jun 2025. Honda Malaysia telah mengumumkan panggilan semula terhadap sebanyak 87,490 unit kenderaan Honda di seluruh negara bagi menangani isu keselamatan membabitkan komponen pam bahan api, yang berpotensi menjejaskan prestasi enjin serta keselamatan pemanduan. Menurut kenyataan rasmi syarikat, panggilan semula ini melibatkan dua kategori isu berasingan yang membabitkan model-model popular seperti Honda […]

Amaran Google: Hentikan Penggunaan Kata Laluan Kerana Ia Kini Tidak Selamat

KUALA LUMPUR, 11 Jun 2025. Google menggesa semua penggunanya di seluruh dunia, termasuk di Malaysia, untuk menghentikan penggunaan kata laluan sebagai satu-satunya kaedah keselamatan akaun. Amaran ini dibuat susulan peningkatan taktik penipuan siber yang semakin canggih, termasuk cubaan menyamar sebagai pihak Google sendiri untuk mencuri akses ke akaun peribadi. Peringatan terbaru ini dikeluarkan selepas Ketua […]

Pencerobohan Privasi Perkongsian Data Tanpa Nama

CYBERJAYA, 11 un 2025. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menegaskan bahawa langkah perkongsian data peranti mudah alih (Mobile Positioning Data – MPD) tanpa nama dengan pihak kerajaan bukanlah satu bentuk pencerobohan privasi, sebaliknya amalan biasa sejajar dengan piawaian teknologi global dan keperluan pembangunan negara. Penjelasan ini hadir susulan kebimbangan orang awam mengenai pengumpulan dan […]

Cukai Jualan 5-10% Asas Bermula 1 Julai

KUALA LUMPUR, 10 Jun 2025. Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa kadar cukai jualan antara 5% hingga 10% akan dikenakan ke atas barangan pilihan dan bukan keperluan asas bermula 1 Julai 2025, manakala kadar 0% bagi barangan keperluan asas dikekalkan. Langkah ini merupakan sebahagian daripada penstrukturan semula sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) negara bagi meningkatkan hasil […]

KWSP Miliki Pegangan 5.02% dalam 99 Speed Mart: Strategi Pelaburan Baharu

PETALING JAYA, 10 Jun 2025. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memiliki pegangan sebanyak 5.02 peratus dalam 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Speed Mart) selepas membeli 421.79 juta saham melalui transaksi terus luar pasaran pada 4 Jun lalu. Pembelian ini merupakan pegangan pertama KWSP dalam syarikat rangkaian kedai serbaneka berkenaan, yang baru sahaja […]

Trend Jangkitan HIV di Malaysia Meningkat, Hubungan Seksual Jadi Punca Utama

KUALA LUMPUR, 9 Jun 2025. Jangkitan HIV di Malaysia kini mencatatkan peningkatan ketara, dengan hubungan seksual menjadi punca utama penularan, khususnya dalam kalangan golongan muda. Menurut statistik terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 3,220 kes baharu HIV direkodkan sepanjang tahun 2023, dengan 95% daripadanya berpunca daripada transmisi seksual. Setiausaha Kehormat Majlis AIDS Malaysia (MAC) dan […]

Pengurangan 5,000 Kakitangan PETRONAS: Langkah Penstrukturan Susulan Cabaran Global

SEPANG 9 Jun 2025. Syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) akan mengurangkan kira-kira 5,000 kakitangan secara berperingkat sepanjang tahun depan, dengan kebanyakan daripada mereka merupakan pekerja kontrak, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Kebanyakannya kontrak,” jelas Perdana Menteri ringkas ketika ditemui media selepas selesai solat Jumaat di Surau Al-Ikhwan, Jalan Pinggiran […]

Lonjakan Kes Keracunan Vape Berbahan Terlarang Cetus Kebimbangan Kesihatan Awam di Malaysia

GEORGE TOWN, 7 Jun 2025. Malaysia kini berhadapan dengan ancaman kesihatan awam baharu apabila berlaku peningkatan mendadak kes keracunan vape yang dipercayai berpunca daripada penggunaan bahan terlarang, khususnya vape berperisa ‘Magic Mushroom’. Situasi membimbangkan ini dilaporkan oleh Pusat Racun Negara (PRN) di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Pegawai Farmasi PRN USM, Mohd Fadhli Razali […]