MOF Sahkan Hasil Pertanian Tempatan Tidak Dikenakan Cukai Jualan

KUALA LUMPUR, 14 Jun 2025. Kementerian Kewangan (MOF) hari ini tampil menjelaskan bahawa hasil pertanian tempatan tidak akan dikenakan cukai jualan, walaupun tersenarai dalam perintah warta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan diperluas mulai 1 Julai 2025. Penjelasan ini dibuat susulan kekeliruan dalam kalangan pengguna dan media berkaitan laporan bahawa buah-buahan tropika seperti pisang, […]
Ribuan Bas Ekspres dan Persiaran Beroperasi Secara Haram Guna Permit Pajakan

KOTA BHARU, 15 Jun 2025. Ribuan bas ekspres dan persiaran di Malaysia dipercayai beroperasi secara haram melalui pajakan permit, sekali gus mencabuli syarat pelesenan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Perkara ini didedahkan oleh Pertubuhan Pengusaha Bas Bumiputera Malaysia (PPBBM) susulan tragedi kemalangan maut di Gerik yang meragut 15 nyawa awal minggu ini. Menurut […]
Peranti Had Kelajuan Wajib untuk Kenderaan Perdagangan Bermula 1 Oktober

SHAH ALAM, 14 Jun 2025. Kerajaan bakal melaksanakan penguatkuasaan Peranti Had Kelajuan (Speed Limiter Device – SLD) secara berperingkat ke atas kenderaan perdagangan bermula 1 Oktober 2025, sebagai usaha sistematik bagi meningkatkan keselamatan jalan raya dan mengurangkan risiko kemalangan maut membabitkan kenderaan berat. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata peranti ini akan diwajibkan ke atas semua […]
Semperna Hari Wartawan Nasional (HAWANA) PMX Peruntukan RM30Juta untuk Transformasi Digital Media

KUALA LUMPUR, 14 Jun 2025. Sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025, kerajaan mengumumkan peruntukan RM30 juta khusus bagi membantu organisasi media di Malaysia melaksanakan transformasi digital, termasuk dalam penerapan teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence – AI) secara beretika dan mampan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan peruntukan itu sebagai yang terbesar pernah disalurkan […]
21 Peserta Terpilih Sertai Program Latihan Yayasan Sime Darby–CIDB: Lonjakan Kerjaya Sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Binaan

GOMBAK / SELANGOR, 14 Jun 2025. Seramai 21 peserta muda terpilih daripada lebih 800 permohonan seluruh negara telah menyertai program eksklusif YSD Skill Enrichment – Empowering the Nation, Enriching the Future, anjuran Yayasan Sime Darby (YSD) dengan kerjasama CIDB Malaysia, yang kini giat dijalankan bagi melahirkan tenaga kerja kompeten dalam bidang keselamatan tapak bina. […]
Pejalan Kaki Hilang dalam Sungai Akibat Dirempuh Kereta Dipandu Warga Asing – Kes Disiasat di Bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan

KUALA LUMPUR, 14 Jun 2025. Seorang pejalan kaki dilaporkan hilang selepas dirempuh oleh sebuah kenderaan yang terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jalan Ipoh menghala ke Bulatan Kepong, dalam kejadian ngeri yang berlaku sekitar 11.45 pagi tadi, berhampiran Masjid Abu Hurairah. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. […]
Cukai Perkhidmatan Baharu Bermula 1 September: Syarikat Diberi Tempoh Penyesuaian Hingga Disember

PETALING JAYA, 13 Jun 2025. Kementerian Kewangan hari ini mengesahkan bahawa penyedia perkhidmatan yang baharu dikenakan cukai di bawah semakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) hanya perlu mula mengenakan cukai perkhidmatan bermula 1 September 2025, bukan 1 Julai seperti yang difahami sebelum ini. Penjelasan ini dibuat bagi menjawab kekeliruan dalam kalangan syarikat, khususnya mereka yang […]
Teknologi Dron Perkuat Penguatkuasaan Lalu Lintas – 47 Saman Dikeluarkan dalam Operasi PGU di Lebuhraya Persekutuan

PETALING JAYA, 13 Jun 2025. Penggunaan teknologi dron oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini membuka dimensi baharu dalam penguatkuasaan lalu lintas, apabila penunggang motosikal yang ingkar menggunakan lorong khas tidak lagi dapat meloloskan diri walaupun berjaya melepasi sekatan fizikal. Inisiatif ini dilaksanakan menerusi Op Motosikal yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan […]
Subvarian Omicron Kembali Merebak di Rantau Ini – Pakar Kesihatan Seru Rakyat Malaysia Terus Berwaspada

KUALA LUMPUR, 13 Jun 2025. Peningkatan kes COVID-19 di beberapa negara jiran seperti Thailand dan Singapura disebabkan oleh kemunculan subvarian baharu Omicron yang lebih mudah berjangkit, telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pakar kesihatan awam tempatan. Rakyat Malaysia diseru untuk kekal berwaspada dan mengamalkan langkah pencegahan, terutama dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi. Pakar kesihatan komuniti dari […]
400,000 Peminjam PTPTN Masih Tidak Bayar Satu Sen Pun Selepas 10 Tahun – Tunggakan Cecah RM5 Bilion

PUTRAJAYA, 12 Jun 2025. Kira-kira 400,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disahkan belum pernah membuat sebarang bayaran balik pinjaman sejak tamat pengajian lebih sedekad lalu, menurut pendedahan terbaharu oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Beliau menyatakan bahawa jumlah tunggakan terkumpul bagi kumpulan peminjam ini telah mencecah sekitar RM5 bilion, […]