RM64.9 Juta Zakat Diserahkan kepada Sultan Selangor: 350,000 Asnaf Bakal Terima Manfaat

KLANG, 05/09/2025 Sebanyak RM64,974,554.60 zakat perniagaan dan zakat pendapatan berjaya dikumpulkan daripada 13 syarikat korporat serta seorang individu, lalu diserahkan kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dalam satu majlis rasmi di Istana Alam Shah, Klang. Sumbangan besar ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 350,000 penerima zakat di seluruh Selangor. Majlis penyerahan itu […]

Malaysia Bukan Lagi Zon Selamat? Kajian Baharu Dedah Negara Terletak dalam Lingkaran Api Pasifik

SHAH ALAM, 05/09/2025 Gegaran tanah yang melanda Johor sejak Ogos lalu bukan lagi kebetulan. Kajian terkini ahli geologi mendedahkan bahawa Malaysia sebenarnya berada dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik, sekali gus menamatkan persepsi bahawa negara ini bebas daripada ancaman gempa bumi. Pakar Geostrategi, Profesor Dr Azmi Hassan menjelaskan, walaupun Malaysia tidak dikategorikan secara rasmi dalam peta […]

Bantuan RM100 MySara Dikecam: RM2 Bilion Hanya ‘Gula-Gula Politik’?

SHAH ALAM, 5/09/2025 Keputusan kerajaan menyalurkan bantuan tunai sekali beri sebanyak RM100 kepada 22 juta rakyat Malaysia melalui inisiatif MySara telah mencetuskan kontroversi. Walaupun bernilai RM2 bilion keseluruhan, langkah ini dikritik sebagai pembaziran dan tidak menyentuh masalah sebenar kos sara hidup yang semakin menekan rakyat. Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali […]

Minyak Subsidi Kini Dikawal Ketat: eCOSS Wajib Imbas QR Untuk Beli RON95 & Minyak Masak Peket

  KUALA LUMPUR,04/09/2025 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan ujian sistem baharu dalam usaha melindungi subsidi penting daripada disalah guna. Sistem eCOSS kini diwajibkan untuk mengimbas kod QR semasa pembelian minyak masak peket subsidi dan RON95, bermula dengan peringkat ujian. Tindakan ini penting untuk memastikan subsidi hanya dinikmati oleh warganegara dan […]

Naik Bas Rapid KL Feeder Kini ‘Berbayar’ RM10 – Naik Lebih Banyak, Dapat Lebih

  SHAH ALAM, 04/09/2025 Mulai hari ini sehingga 30 November, Rapid KL melancarkan kempen #JomNaikFeeder 2.0, memberi ganjaran wang e-dompet Touch ’n Go sehingga RM10 kepada pengguna setia bas feeder. Penumpang yang melengkapkan 20 perjalanan akan menerima RM5, sementara mereka yang mencecah 30 perjalanan akan memperoleh RM10. Tawaran ini hanya untuk 1,000 penumpang pertama layak, […]

SARA RM100: Lebih 2.9 Juta Pembayaran Dicatat dalam 3 Hari Pertama

  KUALA LUMPUR, 04/09/2025 Dalam masa tiga hari pelaksanaan, 2.9 juta transaksi telah direkodkan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100, merangkumi nilai keseluruhan RM192.4 juta, menurut data yang dikongsi oleh Kementerian Kewangan. Inisiatif yang membolehkan warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas membuat pembelian barangan keperluan asas melalui akaun MyKad ini kini mencatat kadar […]

Menangis Dalam Diam: 2 Dari 3 Pekerja Malaysia Menghadapi Burnout

KUALA LUMPUR, 03/09/2025 Dua pertiga atau 67 peratus pekerja Malaysia kini menghadapi gejala keletihan mental atau burnout, menurut Laporan Wellness at Work 2024 oleh Employment Hero. Angka ini meningkat dari 58 peratus pada 2022, memperlihatkan keterukan fenomena ini yang meresap ke seluruh sektor pekerjaan. Statistik mengejutkan ini ditekankan ketika Pakar Psikologi Klinikal dan akademik tempatan […]

Amaran Industri: Lebih Separuh Pekerja Muda Akan Bertukar Kerja Tahun Hadapan

KUALA LUMPUR, 3/09/2025 Mengikut Laporan Faedah dan Kesejahteraan Pekerja Malaysia 2025 oleh firma profesional antarabangsa Aon, sebanyak 53 peratus pekerja berumur 30–34 tahun dan 51 peratus mereka yang berkhidmat antara tiga hingga lima tahun dijangka menukar pekerjaan dalam tempoh 12 bulan akan datang. Dapatan ini membuka era peralihan besar dalam tenaga kerja negara, menunjukkan keutamaan […]

Vape Denda Tinggi & Sebatan Mulai September

SINGAPURA, 02/09/2025 Bermula September, pemerintah Singapura memperketat kawalan terhadap vaping, khususnya vape yang dicemari dadah etomidate, atau dikenali sebagai “K-pods”. Warga asing termasuk rakyat Malaysia yang didapati memiliki peranti terbabit berdepan dengan denda tinggi, rampasan peranti, malah deportasi dan larangan kekal memasuki negara itu. Langkah ini diputuskan oleh Menteri Kesihatan dan Menteri Hal Ehwal Dalam […]