“Tolak UEC Bukan Anti Mandarin”: Isu Sebenar Adalah  Penghinaan Kepada Perlembagaan Persekutuan

  SHAH ALAM, 18 Disember 2025 Cadangan supaya kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kembali mencetuskan polemik nasional apabila Pakar Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad, tampil menolak keras pengiktirafan tersebut dengan menegaskan bahawa pendiriannya bukan berpunca daripada sikap anti bahasa Mandarin, sebaliknya berkait rapat dengan soal Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan bahasa kebangsaan dan […]

HOME Maths Therapy Unggul Dua Tahun Berturut-Turut, Dominasi Anugerah Francais Malaysia 2025 Gegarkan Industri Pendidikan

KUALA LUMPUR, 17 Disember 2025 Pusat pembelajaran matematik HOME Maths Therapy sekali lagi mencatat sejarah apabila dinobatkan sebagai Francais Terbaik Malaysia pada Malam Anugerah Francais Malaysia (MAF) 2025, sekali gus mengekalkan pengiktirafan berprestij itu untuk tahun kedua berturut-turut. Kejayaan luar biasa ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan HOME sebagai peneraju industri pendidikan berasaskan francais, malah membuktikan […]

Video Tular Dedah Penderaan Pelajar Tahfiz, Polis Bertindak Pantas Tahan Suspek

KOTA KINABALU, 17 Disember 2025 Seorang pelajar tahfiz berusia 13 tahun dipercayai menjadi mangsa penderaan fizikal oleh seorang guru selepas satu rakaman video kejadian tersebut tular di media sosial, mencetuskan kemarahan orang ramai. Susulan laporan polis yang dibuat pada malam 15 Disember, pihak polis bertindak pantas menahan seorang lelaki berusia 38 tahun bagi membantu siasatan […]

“Tiada Kanak-Kanak Tercicir”: JKM Perkukuh Inklusiviti Melalui Sambutan Hari Kanak-Kanak WTC KL–RMHC

KUALA LUMPUR, 17 Disember 2025 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menegaskan komitmen berterusan dalam melindungi kebajikan dan membangunkan potensi kanak-kanak menerusi penganjuran Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur–Ronald McDonald House Charities (RMHC) yang berlangsung semalam. Program berimpak ini menekankan nilai inklusiviti dan kerjasama strategik pelbagai pihak bagi memastikan kanak-kanak, khususnya golongan istimewa […]

Program “Dari Kitchen Ke Kilang” Bongkar Realiti Usahawan F&B Yang Gagal Scale Walaupun Jualan Hebat

  SERDANG, 16 Disember 2025 Majoriti usahawan makanan dan minuman (F&B) kecil di Malaysia didapati berdepan masalah serius untuk mengembangkan perniagaan walaupun sudah mempunyai jualan tetap, berikutan kekangan kapasiti pengeluaran, kualiti produk tidak konsisten serta kekurangan pemahaman terhadap model pengeluaran OEM. Perkara ini didedahkan menerusi program ‘Dari Kitchen ke Kilang’ yang berlangsung di MARDI Central […]

ZAHID BERI AMARAN KERAS: “SEKALI KELUAR BN, TIADA JALAN KEMBALI”

SEMENYIH, 13 Disember 2025 Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memberi amaran tegas kepada mana-mana parti komponen yang sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan gabungan itu supaya menilai keputusan mereka dengan cermat, sambil menegaskan bahawa BN tidak akan menerima semula mana-mana parti yang telah keluar jika mereka mahu kembali pada masa hadapan. Amaran […]

Kaum India (IPF) Terus Setia Bersama Barisan Nasional – Perhimpunan IPM Malaysia 2025

SEMENYIH, 15 Disember 2025 Perhimpunan Agung Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF Malaysia) 2025 baru-baru ini menjadi manifestasi jelas kesetiaan berterusan parti itu kepada Barisan Nasional (BN), dengan kepimpinan BN menyifatkan komitmen IPF sebagai bukti kepercayaan yang tidak pernah goyah sejak lebih tiga dekad lalu. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau pulang […]

MIC KEKAL DALAM BN SEMENTARA MENUNGGU KEPUTUSAN MAJLIS TERTINGGI, SARAVANAN SAHUT AMARAN ZAHID

PETALING JAYA, 15 Disember 2025 MIC akan terus kekal sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) sehingga keputusan muktamad dibuat oleh Majlis Tertinggi MIC, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri M. Saravanan. Kenyataan itu dibuat ketika spekulasi mengenai hala tuju politik MIC semakin hangat, termasuk kemungkinan menyertai Perikatan Nasional (PN). Saravanan, yang juga Ahli Parlimen Tapah, berkata […]

KPT TEGASKAN KEPUTUSAN MENGENAI UEC MESTI BERPAKSI PERLEMBAGAAN, BUKAN TEKANAN POLITIK

PUTRAJAYA, 14 Disember 2025 Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini menegaskan bahawa sebarang keputusan berhubung cadangan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) mesti dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, bukannya tekanan politik atau tuntutan mana-mana kumpulan berkepentingan. Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, dalam kenyataan rasmi berkata pendirian kerajaan Madani kekal […]