SIARAN MEDIA – MADANI BEKERJA: PARLIMEN MALAYSIA KEMBALI BEBAS DAN MEMPEROLEHI AUTONOMINYA SEMULA SELEPAS 33 TAHUN APABILA KEDUA-DUA DEWAN PARLIMEN MELULUSKANNYA

PUTRAJAYA, 20 Mac 2025 – Setelah Dewan Rakyat mencipta sejarah dengan mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen pada 5 Mac yang lalu, akhirnya pada hari ini akta tersebut dapat direalisasikan dan dikembalikan apabila Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dengan turut meperoleh dua pertiga majoriti. Ianya selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI bagi memperkasakan […]
PDRM Dedah Usahawan dan Pempengaruh Terlibat Sindiket Dadah dan Pengubahan Wang Haram

KOTA BHARU, 22 Mac 2025 – Polis Kelantan mendedahkan bahawa ramai usahawan produk kecantikan dan pempengaruh media sosial di negeri ini disyaki terlibat dalam pengedaran dadah dan aktiviti pengubahan wang haram, dengan menggunakan perniagaan sebagai topeng untuk menyembunyikan kegiatan jenayah mereka. Pendedahan itu dibuat oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, menerusi satu hantaran […]
Isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman: PEKIDA Zahirkan Kekecewaan Terhadap Kenyataan Peguam

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2025 – Isu berkaitan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang terletak di atas tanah wakaf milik JAKEL di Jalan Masjid India terus menarik perhatian pelbagai pihak, susulan kenyataan balas antara pertubuhan bukan kerajaan dan wakil kerajaan berhubung cadangan pemindahan rumah ibadat tersebut. Dalam satu kenyataan rasmi, Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah […]
Isu Penjual Petai & Penguatkuasa MPPD Diselesaikan Secara Harmoni, Lesen Sementara Dikeluarkan

PORT DICKSON, 20 Mac 2025 – Isu tular yang melibatkan seorang penjual petai dan penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) akhirnya diselesaikan secara baik melalui pertemuan mesra antara semua pihak terlibat. Langkah ini bukan sahaja meredakan ketegangan yang timbul, malah menjadi contoh pendekatan diplomasi dalam menangani isu komuniti. YB Dr Rajasekaran Gunasekaran, Ahli Dewan […]
Gunakan Teknologi Terkini dan Fokus kepada Keberkesanan Kos untuk Projek Infrastruktur Negara

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2025 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk terus memacu reformasi, menerapkan penggunaan teknologi terkini yang sesuai serta mengoptimumkan kos pelaksanaan bagi memastikan projek-projek infrastruktur negara dijalankan dengan lebih cekap, cepat dan berimpak tinggi. Gesaan itu dinyatakan semasa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KKR yang berlangsung di […]
SIARAN MEDIA – 8.5 JUTA BAKAL MENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Kerajaan akan mula menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 mulai 24 Mac 2025 (Isnin) dengan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion berbanding RM1.5 bilion pada tahun lepas1. Bagi STR Fasa 2, hampir 9 juta penerima yang terdiri daripada 60% rakyat dewasa Malaysia bakal mendapat bantuan sehingga RM650. “Kerajaan MADANI kekal peka akan keperluan golongan terbanyak […]
Pegawai Kerajaan Ditahan kerana Didakwa Menghina Nabi Muhammad di Media Sosial

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2025 – Seorang pegawai kerajaan telah ditahan polis selepas didakwa memuat naik komen menghina Nabi Muhammad SAW di Facebook baru-baru ini. Penahanan dibuat selepas seorang lelaki berusia 35 tahun membuat laporan polis pada 18 Mac 2025. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan bahawa suspek, seorang pegawai farmasi berusia 29 […]
SIARAN MEDIA – PROGRAM ZIARAH SAHUR AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2025

Kuala Lumpur, 20 Mac 2025 Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah hari ini berkesempatan menghadiri ke Program Ziarah Sahur Agensi Antidadah Kebangsaan 2025 bertempat di Rumah Perantara AADK Wilayah Persekutuan di Kampung Bharu, Kuala Lumpur. Program itu adalah inisiatif Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi AADK untuk menyantuni klien AADK […]
SIARAN MEDIA – PELAKSANAAN ASEAN FRAMEWORK AGREEMENT ON THE FACILITATION OF INTER-STATE TRANSPORT (AFAFIST)

Kuala Lumpur, 20 Mac 2025. 1. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Permit Rentas Sempadan Kenderaan Barangan ASEAN bagi pengoperasian di bawah Perjanjian ASEAN Framework Agreement on the Facilitation of Inter-State Transport (AFAFIST) yang bermula pada 6 April 2025 kini boleh dikemukakan secara atas talian menerusi pautan https://iportal.ispkp.gov.my/ 2. Melalui perjanjian AFAFIST ini, pengendali berlesen yang berkelayakan […]
SIARAN MEDIA -PERATURAN PENETAPAN TARIKH AWAL SYAWAL

Kuala Lumpur, 20 Mac 2025. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut : “Bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang […]