
Kuala Lumpur, 11 Jan 2025, 12.00 tengahari – SETIAP pekerjaan memiliki cabaran dan keunikannya tersendiri, dan disebabkan itu sebagai seorang pekerja kita perlu memahami tugas yang kita lakukan dan mempunyai strategi supaya setiap masalah dapat diatasi dengan segera agar tugas menjadi lancar dan tiada halangan. Bukan sahaja di alam pekerjaan, tetapi juga di dalam apa jua perkara yang kita lakukan perkara utama yang perlu dilihat adalah masalah yang akan ditempuhi dan cabaran yang bakal menguji kesabaran kita. Sebenarnya masalah ada dimana-mana. Oleh itu fikirkan untuk menyelesaikan masalah. Bukan untuk bercakap tentang masalah.
Banyak yang berpendapat, untuk menjadi pemecah kepada sesuatu masalah atau trouble shooter, kita perlu bijak dalam mengatur strategi dengan banyak berfikir di luar kotak pemikiran kerana ada kalanya perkara yang dianggap mustahil boleh dilakukan dan berjaya mengatasi masalah yang rumit. Oleh itu seseorang perkerja tidak boleh hanya menggunakan cara biasa atau mengikut buku panduan untuk menyelesaikannya. Pekerja harus menjadi kreatif dan sentiasa bersedia di dalam mendepani masalah yang mendatang.
Masalah yang biasa dihadapi adalah kurangnya sikap berkerjasama di dalam berpasukan. Masing-masing mahu menyelesaikan masalah dengan cara tersendiri dan ada diantara ahli pasukan yang tidak gemar cara kita menyelesaikan masalah. Disebabkan itu timbul masalah emosi yang tidak dapat dikawal sehingga boleh mencetuskan pergaduhan besar. Dalam masalah sebegini, perbincangan awal dan perjumpaan diantara pasukan perlu kerap diatur supaya kita boleh mengenali sikap dan bagaimana cara setiap ahli pasukan kita berkerja. Mengeratkan pertalian persahabatan dikalangan ahli pasukan boleh mencetuskan team work yang kukuh. Masalah yang timbul dapat diatasi bersama dengan hanya berbicara untuk mencapai sesuatu keputusan.
Jangan tanamkan sikap mementingkan diri sendiri tanpa perlu berbincang jika menghadapi masalah kerana ia akan membuatkan kita berada di dalam situasi yang merugikan diri sendiri dan rakan pasukan juga akan menyisihkan kita kerana sikap kita yang boleh dikatakan angkuh. Setiap syarikat mahukan keuntungan di dalam menjalankan perniagaan atau apa jua bidang pekerjaan. Sekiranya kita bersikap angkuh tanpa mahu berbincang kemungkinan kita akan melakukan kesalahan yang akan membawa kerugian di dalam syarikat. mahukah sekiranya kita dipecat dari syarikat.? Masalah lain pula akan timbul sekiranya kita dibuang kerja.
Kesimpulannya di sini adalah, pemecah kepada setiap permasalah adalah dengan berkomunikasi diantara satu sama lain. Berterus terang sekiranya syarikat atau tempat berkerja kita menghadapi masalah. Atau pun kita sendiri menghadapi masalah untuk menyelesaikan apa yang membantutkan kelancaran tugas kita. Dengan hanya mendiamkan diri ia tidak akan membantu kerana dengan cara berkongsi pendapat kemungkinan akan dapat menyelesaikan segala yang tidak beres. Kita akan lebih dihormati jika kita pandai menyelesaikan masalah dan majikan akan sentiasa mengharapkan khidmat kita untuk menghidupkan syarikat.
Pandai menyesuaikan diri dan bertolak ansur juga merupakan satu cara menyelesaikan masalah di dalam perkerjaan. Jadilah orang yang sentiasa merendah diri walaupun sebenarnya kita lebih bijak dari yang lain. sikap merendah diri boleh diterima oleh semua orang tidak kira kedudukan kerana dianggap tidak sombong dan bijak. Berkomunikasi secara terbuka tanpa ada perkara yang terlindung membuatkan kita lebih dipercayai. Oleh itu, jadilah pemecah masalah yang baik dan bijak supaya kita akan dianggap sebagai sesuatu yang amat berharga dan semua pihak takut akan kehilangan kita kerana bimbang tiada lagi pekerja yang boleh membantu di dalam menyelesaikan masalah.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: