Isu Sandwic Ham & Cheese Dihentikan. Tetapi Jika Ada Yang Mengapikan Orang Islam Tak Mungkin Akan Diam.
Pada pandangan beliau ia mungkin satu kesilapan dan diharap ia akan dijadikan iktibar oleh semua pihak.

Kuala Lumpur, 20 JAN 2025, 12.00 tengahari – TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru supaya isu kontroversi penjualan sandwic berlabel ‘ham & cheese’ yang diragui status halalnya tidak lagi diperbesarkan. Walaupun isu itu tidak perlu dihentikan, namun sekiranya ada yang mengapikan orang Islam tidak mungkin akan diam.

Zahid merupakan pengerusi Majlis Pembangunan Halal berkata beliau memberi kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan menggesa supaya perkara dari segi sensitiviti agama perlu ditangani dengan teliti supaya tidak menyinggung perasaan terutama yang melibatkan orang Islam.

Beliau berharap isu ini tidak berlarutan kerana pihak rangkaian jualan runcit itu telah mengambil tindakan yang proaktif untuk menarik barangan itu.

Pada pandangan beliau ia mungkin satu kesilapan dan diharap ia akan dijadikan iktibar oleh semua pihak

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir merasmikan Majlis Penutup Permukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Minggu lalu, media melaporkan sampel produk sandwic ‘ham dan cheese’ yang didapati menyalah guna logo halal, telah dihantar ke makmal untuk dianalisa, bagi mendapatkan laporan status ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Ujian dibuat bertujuan bagi mengenal pasti adakah terkandung DNA babi dalam produk makanan berkenaan atau sebaliknya.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Terimalah Orang Kurang Upaya Ke Dalam Masyarakat Biasa. Jangan Diskriminasikan Mereka.