
Kuala Lumpur, 19 Jan 2025, 9.00 malam – SEBAGAI ahli masyarakat yang sentiasa berdepan dengan Orang Kurang Upaya (OKU) kita perlulah mengamalkan sikap-sikap yang tertentu agar kebajikan serta hak-hak mereka terpelihara.
Pertama sekali, kita perlu menerima mereka sebagai sebahagian dari ahli masyarakat kita. Kehadiran mereka bukanlah untuk dihina atau diketawakan tetapi untuk difahami dan dibantu. Selain itu, kita perlu tahu kekurangan serta keperluan mereka agar dengan pengetahuan itu, kita dapat memberi kemudahan-kemuadahan yang diperlukan seperti tandas khas, tempat letak kereta serta laluan yang mudah untuk ke mana sahaja atau untuk melakukan apa sahaja.
Kita perlu melayan mereka sama seperti kita melayan orang yang sempurna. Kekurangan yang mereka miliki bukanlah tiket untuk kita melayan mereka secara sambil lewa, apa lagi untuk menghina mereka dan memukul mereka.
Peristiwa seorang OKU dipukul oleh beberapa orang di sebuah pasar tani baru-baru telah menjadi perhatian umum seluruh negara. Rata-rata orang menyatakan rasa marah dan tidak puas hati di atas perlakuan si pemukul yang melakukan kekerasan terhadap OKU tersebut.
Walau bagaimana pun, kes itu telah dilaporkan kepada pihak polis dan kini semua pelaku telah pun ditangkap dan mungkin menunggu masa untuk di dakwa.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Seorang Pemimpin Mesti Pandai Membimbing Dan Mempengaruhi Orang Ramai.