Seorang Pemimpin Mesti Pandai Membimbing Dan Mempengaruhi Orang Ramai.
Pemimpin yang baik dan berwibawa bukanlah sekadar individu yang memegang jawatan tinggi atau memiliki kuasa, tetapi seseorang yang mampu membimbing dan mempengaruhi orang lain ke arah kebaikan.

Kuala Lumpur, 18 Jan 2025, 9.00 malam – MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, Seorang pemimpin mesti mampu menyuluh dan menunjukkan arah masa depan dengan visi yang jelas di samping perlu berani memimpin, membina kekuatan, dan memastikan semua prasyarat untuk mencapai visi tercapai. Keberanian untuk keluar daripada kebiasaan ialah kunci untuk mencipta perubahan yang bermakna. Dengan mempunyai visi dan matlamat yang jelas, pemimpin harus berpandangan jauh serta bijak mengurus strategi untuk mencapai visi tersebut. Seorang pemimpin yang berwibawa, mesti pandai membimbing dan mempengaruhi orang ramai ke arah kebaikan.

Pemimpin yang baik dan berwibawa bukanlah sekadar individu yang memegang jawatan tinggi atau memiliki kuasa, tetapi seseorang yang mampu membimbing dan mempengaruhi orang lain ke arah kebaikan. Dalam dunia moden ini, pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang memiliki ciri-ciri penting yang membantu mereka mengendalikan pasukan dengan bijak dan berkesan.

Seorang pemimpin juga perlu mempunyai Mempunyai kelayakan dan pengiktirafan. Aspek yang penting sekiranya seseorang itu dipilih untuk menjadi pemimpin, adalah tanggungjawab yang diberikan perlu dipikul oleh mereka yang baik dan berwibawa agar amanah yang ditugaskan dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah atau keburukan.

Ciri pertama yang perlu ada untuk seorang pemimpin yang baik mestilah bijak berkomunikasi. Pemimpin yang mampu menyampaikan maklumat dengan jelas dan berkesan akan lebih mudah difahami oleh orang di bawah kepimpinan mereka. Melalui komunikasi yang baik, pemimpin juga dapat membina hubungan yang lebih erat dengan ahli pasukan mereka, lantas mewujudkan suasana kerja yang positif dan produktif. Pernahkah negara kita mempunyai seorang pemimpin yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Kerajaan Perlu Beri Ruang Kepada Rakyat Untuk Berhimpun Bagi Suarakan Rasa Benci Terhadap Rasuah.