
Kuala Lumpur, 17 Jan 2025, 3.00 tengahari – Mohamed Hanipa Maidin iaitu bekas Bekas timbalan menteri undang-undang berharap rakyat dibenarkan menjalankan perhimpunan tanpa gangguan dan halangan dalam perhimpunan antirasuah yang dirancang di Kuala Lumpur pada 25 Jan nanti.
Hanipa mengingatkan Kerajaan Perpaduan supaya memastikan suara rakyat untuk menyatakan sesuatu diberi hak di dalam perhimpunan aman dan diberi jaminan dan diberi perlindungan sebaik mungkin.
Hanipa juga mengajak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengimbau kembali tindakan yang dilakukan oleh beliau dan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dalam penyertaan protes jalanan pada masa dahulu di dalam perhimpunan BERSIH.
Apa yang lebih mengejutkan, Hanipa berkata, “perdana menteri sekarang dan ramai diantara menteri kabinet sekarang merupakan lulusan sekolah perhimpunan aman.”
Penganjur bagi Perhimpunan Rakyat Benci Rasuah ini mempunyai Sekretariat yang mewakili 50 organisasi dan 38 individu menuntut agar tindakan segera diambil ke atas kes rasuah berprofile tinggi yang melibatkan ahli politik. Sekretariat ini menuntut siasatan yang telus dan kerjasama daripada semua pemimpin politik termasuk pembangkang untuk membe nteras rasuah secara total di negara ini.
Hanipa turut mengajukan pertanyaan kepada Kerajaan Perpaduan, ” Adakah kerajaan buta atau tuli terhadap suara rakyat?” Atau mungkin pembangkang lebih bijak dengan menjadikan isu rasuah untuk menghentam kerajaan dan menjadikan isu rasuah ini sebagai modal politik semata-mata?
Isu ini ditimbulkan oleh Hanipa kerana beberapa hari yang lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersuara supaya para belia tidak terlalu obses untuk pertahankan pemimpin yang mengamalkan rasuah dan untuk itu mereka turun ke jalanan untuk menunjukkan kebencian mereka terhadap rasuah.
Perkara ini menjadi semakin hangat apabila skandal rasuah di Sabah yang melibatkan beberapa Adun bagaikan telah didiamkan?? atau mungkin telah dibersihkan oleh pihak tertentu?? Perhimpunan itu dijangkan akan berlangsung pada jam 2.30 petang di hadapan Kompleks Membeli-belah Sogo dimana mereka yang mengambil bahagian akan berarak ke Dataran Merdeka.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Malaysia Ke arah Memperkasakan Hala Tuju Dasar Pemula Melalui Ekosistem Roadmap 2021-2023.