
Kuala Lumpur, 8 Dec 2025, 12. 00 tengahari – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan terhadap enam penerbitan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) kerana ada kandungan yang mungkin memudaratkan moral.
enam penerbitan terlibat ialah A Million Kisses In Your Lifetime oleh Monica Murphy, Lose You To Find Me (Erik J Brown), Scattered Showers (Rainbow Rowell), Punai (Asyraf Bakti), When Everything Feels Like The Movie (Raziel Reid) dan What If It’s Us (Becky Albertalli dan Adam Silverra).
Penyebaran ideologi atau gerakan yang bertentangan dengan budaya serta nilai-nilai murni masyarakat Malaysia akan disekat serta merta oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN ) sesuai dengan dengan prinsip Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.
Perintah Larangan bagi kesemua hasil penerbitan yang berkenaan adalah selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 7(1) Akta 301 yang menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan enam hasil penerbitan tersebut boleh mendatangkan kemudharatan kepada umum. Untuk itu pendedahan dan kesedaran perlu diterapkan kepada orang ramai supaya tidak terjebak dengan perkara-perkara yang tidak bermoral.
Kerajaan telah menyatakan kesediaan untuk melaksanaan tindakan kawal selia dan penguatkuasaan terhadap mesin cetak bagi mencegah penyebaran elemen, fahaman mahupun gerakan yang bercanggah dengan sosiobudaya rakyat Malaysia demi menjaga kesejahteraan bersama.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: