JAWI Menawarkan Khidmat Pengurusan Jenazah Secara Percuma Kepada Golongan Yang Tidak Berwaris Dan Saudara Baharu.

Kuala Lumpur, 7 Jan 2025, 9.00 malam – BAGI mengekang permasalah ketidakmampuan menguruskan jenazah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menawarkan khidmat pengurusan jenazah secara percuma kepada golongan yang memerlukan, tidak berwaris atau saudara baharu.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Dakwah JAWI, Imlah Abdul Aziz, tanggungjawab fardhu kifayah itu dijalankan tanpa mengira latar belakang seterusnya membantu mengurangkan kes jenazah disimpan terlalu lama oleh pihak hospital.

Berlaku satu insiden baru – baru ini apabila seorang bayi lelaki tidak dapat dikebumikan secepat mungkin dan terpaksa dibekukan dalam peti sejuk mayat selama kira-kira dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang dipercayai selepas bapanya tidak mempunyai wang untuk membayar bil.

Kisah menyayat hati itu tular di media sosial dan mendapat simpati dari orang ramai dan tidak kurang yang menyalahkan pihak hospital tersebut kerana dikatakan tiada simpati dan tidak bertimbang rasa terhadap ibu bapa bayi berkenaan.

Disebabkan peristiwa itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengambil inisiatif untuk membantu keluarga yang daif dan memerlukan untuk menguruskan jenazah sekiranya berlaku kematian.

#Prezcom

Lebih Banay Berita:

Penguatkuasa Diingatkan Jangan Memperjudikan Kepentingan Dan Keselamatan Pengguna Jalan Raya Demi Wang Ringgit.