
Kuala Lumpur, 31 Dec 2024, 9.00 malam – KERAJAAN dan semua pihak tanpa mengira fahaman politik, harus berusaha merencana pelan jangka panjang bagi membawa negara kembali ke persada kejayaan seperti dahulu. Untuk menempuh satu gelombang ekonomi yang belum pasti sama ada ia semakin pulih atau semakin teruk, pengurusan negara memerlukan suatu rencana yang jitu di dalam pelbagai sektor dan aspek kehidupan bagi menstabilkan kembali keadaan ekonomi, politik dan rakyat.
Pada masa yang sama rakyat perlu terus memberi sokongan dan mendokong usaha-usaha murni kerajaan disamping terus berusaha untuk mendepani sebarang cabaran. Pemulihan negara memerlukan pertalian yang erat antara kerajaan dan rakyat. Perpaduan dan kebersamaan dalam sebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang, adalah sebenarnya resepi dan kekuatan dalam membentuk aspirasi nasional.
sektor ekonomi dan kehidupan seharian rakyat juga telah menampakkan pemulihan. Pada hakikatnya bukanlah suatu perkara yang mudah untuk mengemudi negara keluar dari kesan keruntuhan ekonomi yang melibatkan seluruh dunia bermula dari pandemik Covid-19. Justeru, kerajaan dan rakyat negara ini perlu berganding bahu dalam kesepaduan yang erat ke arah membentuk Malaysia yang gemilang.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Dulu PAS Berhimpun Untuk Jatuhkan Najib, Kini PAS Cadangkan Perhimpunan Untuk Selamatkan Najib ??