Dulu PAS Berhimpun Untuk Jatuhkan Najib, Kini PAS Cadangkan Perhimpunan Untuk Selamatkan Najib.
Ada yang berpendapat apa yang dilakukan oleh PAS untuk perhimpunan ini adalah atas dasar bangsa dan agama serta mahu menegakkan keadilan.

Kuala Lumpur, 31 Dec 2024,4.00 petang – Baru-baru ini tersiar di sebuah akhbar tempatan bahawa seorang pemimpin dari parti BERSATU menyatakan kekesalannya mengenai parti sekutu mereka iaitu PAS telah bercadang untuk menganjurkan perhimpunan bagi menyokong bekas Perdana Menteri, Najib Razak pada 6 Januari 2025 akan datang. Jika umumnya masih ingat, PAS pernah menghimpun kesemuanya ahlinya untuk menjatuhkan Najib dahulu, tetapi kini PAS menghimpunkan ahlinya untuk menyelamatkan Najib pula dan mendapatkan keadilan untuknya.

Cadangan dan penganjuran perhimpunan itu telah mendapat kritikan dari seorang setiausaha kepada satu pertubuhan dengan mengatakan bahawa pehimpunan itu lebih kepada bersifat oportunis bagi sesetengah pihak yang berkemungkinan mempunyai niat tertentu ???

Terdapat seorang pemimpin dari parti PKR mengatakan mungkin tujuan PAS menggunakan isu berkenaan untuk menarik sokongan rakyat dan menganggap PAS bagaikan ‘menangguk di air keruh ‘. Menurut pemimpin parti politik tersebut PAS hanya untuk mendapatkan laba politik dengan menggerakkan satu kumpulan besar dengan menganjurkan perhimpunan di depan Istana Kehakiman, Putrajaya pada 6 Januari depan.

Walau apa pun tomahan atau kritikan yang diterima oleh PAS waktu ini , ia dilihat sebagai satu cubaan parti lain yang mahu melemahkan niat PAS untuk bersama Perhimpuan ‘Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan’. PAS mempunyai hak untuk berbuat apa pun kerana dasar politik negara adalah berlandaskan demokrasi. Semua parti politik boleh menyokong antara satu sama lain asalkan ia tidak terikat dengan perjanjian hitam putih.

Ada yang berpendapat apa yang dilakukan oleh PAS untuk perhimpunan ini adalah atas dasar bangsa dan agama serta mahu menegakkan keadilan. Tidak timbul sebarang pengkhianatan terhadap BERSATU kerana kehadiran PAS di dalam BERSATU hanya untuk kerjasama dalam politik ??? Sama ada PAS kekal mahu terus berkerjasama dengan BESATU sehingga PRU-16 akan datang atau mahu menjalinkan hubungan semula bersama UMNO itu terpulang kepada PAS sendiri.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Sebat Secara Terbuka: Tiada Isu Islamofobia Kerana Ia Selari Dengan Prinsip Islam.