JAWI Sudah Memulakan Siasatan Terhadap Laporan Aktiviti Berzikir Di Tanah Perkuburan Danau Kota.
Perkara ini telah menyebabkan kegusaran kepada masyarakat tempatan terutama bagi orang Islam dan mampu mengelirukan orang lain.

Kuala Lumpur, 29, Dec 2024, 6.00 petang – KETUA Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata pihaknya menerima laporan mengenai beberapa orang didapati mengadakan zikir dalam keadaan yang tidak normal di sebuah tanah perkuburan di Setapak Kuala Lumpur. Pihak polis juga telah menerima satu video yang tular mengenai aktiviti zikir tersebut.

Perkara ini telah menyebabkan kegusaran kepada masyarakat tempatan terutama bagi orang Islam kerana dibimbangi perkara tersebut adalah perbuatan ajaran sesat dan dikhuatiri boleh mempengaruh minda orang-orang tempatan yang lemah di dalam ajaran agama Islam. Pada Masa yang sama, perkara ini juga telah dilaporkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN VIDEO TULAR PERHIMPUNAN SEKUMPULAN INDIVIDU DI SEBUAH TANAH PERKUBURAN ISLAM

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil maklum mengenai video tular di media sosial yang memaparkan sekumpulan pihak tertentu yang berhimpun di salah sebuah pusara dalam kawasan Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibukota, Setapak, Kuala Lumpur.

2. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk membuat siasatan terperinci susulan kejadian tersebut.

3. Pihak yang mempunyai maklumat adalah dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berkaitan kepada JAWI bagi membantu siasatan. Semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat apa-apa spekulasi mengenai kejadian tersebut.

4. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana perlakuan dan amalan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Semua pihak adalah dimohon untuk menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa agama Islam.

Sekian, terima kasih.

SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ. MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

29 Disember 2024

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Kenapa Perlu Takut Sekiranya Najib Menjalani Baki Hukumannya Di Rumah??