Anggap sahaja lah hukuman Yang di jalani oleh Najib di rumah itu sebagai hukuman seperti mana yang beliau hadapi sewaktu di dalam penjara. Tiada keistimewaan??

Kuala Lumpur, 28 Dec 2024, 6.00 petang – NAMPAKNYA kisah tentang permohonan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi belum senyap dari mulut rakyat. Hari ini tular di media sosial mengenai kenyataan media oleh Jabatan Peguam Negara berkenaan isu pengampunan oleh banduan kepada Lembaga Pengampunan yang akan dipengerusikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa semua permohonan pengampunan di Wilayah Persekutuan hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan sekiranya mahu mencadangkan mana-mana banduan termasuk Datuk Seri Najib untuk menjalani baki hukuman di rumah.

Persoalannya disini, bukan titah baginda Tuanku Sultan Ibrahim yang menjadi perbualan, tetapi gabungan PH yang kini menjadi pemerintah  seperti bermain tarik tali terhadap isu tahanan di rumah oleh Najib. Adakah gabungan ini takut akan tahanan Najib  di rumah akan membuatkan beliau boleh menjalankan agenda mengkritik, menghasut atau membakar semangat terutama terhadap orang Umno yang telah lama berdendam dengan gabungan PH ini? Adakah parti gabungan PH ini takut dengan adanya Najib di rumahnya maka rakyat akan mula berpaling untuk menyokong Najib kembali memandangkan rekod cermerlang Najib terutama di dalam bidang ekonomi dan kebajikan rakyat yang turut diakui oleh negara luar suatu masa dahulu.?

Jika benar gabungan ini takut akan aura Najib, bermakna Najib lah sebenarnya yang diperlukan oleh rakyat. Dan tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh Najib di dalam dunia politik negara dan luar negara amat berkuasa sehingga ramai pemimpin  di dalam gabungan PH yang dilihat tidak senang duduk sejak addendum mengenai isu tahanan rumah yang dititahkan oleh mantan Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah telah diperakui kewujudannya. Mungkinkah gabungan tersebut berpendapat bahawa Najib akan dipilih oleh rakyat semula untuk menerajui Malaysia? Sehingga hari ini, kecemerlangan pentadbiran beliau dan parti Barisan Nasional masih disebut dan masih dirindukan oleh rakyat. Kestabilan ekonomi dan politik di Malaysia sentiasa menjadi tumpuan dunia dan Malaysia pada waktu itu menjadi tumpuan para pelabur luar negara untuk menjalinkan kerjasama terutama di dalam bidang perniagaan.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Zakat Selangor Memperkenalkan Platform Baru Yang Diberi Nama CROWDZAKAT.