
KUALA LUMPUR, 28 November 2024 – SURUHANJAYA Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) Kuala Lumpur hari ini berkongsi ilmu mengenai isu rasuah yang sering berlaku dalam persekitaran kerja dengan penumpuan khusus diberikan kepada generasi muda yang sering kali terjebak dalam perangkap rasuah sejak awal memasuki alam pekerjaan menerusi Ceramah Antirasuah bertajuk ‘Fungsi SPRM Dalam Membanteras Jenayah Rasuah’ kepada seramai 36 orang pelajar dan pensyarah dari Innovative Universiti College (IUC).
Sesi ceramah telah dikendalikan oleh Pen. Penguasa Ezmin Rashid memberi penekanan terhadap isu rasuah dengan mengenalpasti risiko dan peluang rasuah, penghayatan nilai serta tanggungjawab sebagai belia dan warga negara yang bebas rasuah. Turut diselitkan beberapa contoh kes yang melibatkan jenayah rasuah yang dilakukan dari pelbagai latar belakang selain titipan pesanan buat para pelajar untuk menolak habis-habisan budaya dan amalan rasuah dengan menjadi pelapis pentadbiran negara yang bersih dari jenayah rasuah.
Medan ini penting dalam mengingatkan semua pelajar yang juga warga belia negara untuk tidak terlibat dengan jenayah rasuah dalam memastikan kehendak peraturan dan akta yang berkuatkuasa serta memupuk jati diri belia yang lebih berintegriti dan membenci perlakuan jenayah rasuah.
Rasuah adalah satu ancaman yang merosakkan integriti, membantutkan pembangunan, dan mencemarkan nama baik negara. Usaha memerangi rasuah haruslah dimulakan dari peringkat akar umbi iaitu di kalangan generasi muda. Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata pihak berkuasa mengesan kes membabitkan penuntut IPT memberi kebenaran kepada sindiket penipuan dalam talian menggunakan akaun bank mereka. Kemungkinan pelajar-pelajar terbabit bahawa akaun mereka digunakan untuk kegiatan yang tidak bermoral.
𝐒𝐏𝐑𝐌 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
#𝐈𝐧𝐢𝐤𝐚𝐧𝐊𝐋
#𝐒𝐏𝐑𝐌𝐏𝐞𝐧𝐜𝐞𝐠𝐚𝐡𝐚𝐧
#𝐂𝐨𝐦𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐲𝐌𝐚𝐜𝐜𝐊𝐋
#𝐑𝐚𝐬𝐮𝐚𝐡𝐃𝐢𝐡𝐢𝐧𝐚𝐌𝐚𝐫𝐮𝐚𝐡𝐃𝐢𝐛𝐢𝐧𝐚
#𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚𝐌𝐚𝐝𝐚𝐧𝐢
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
PM Tidak Membenarkan TNB Menaikan Tarif Elektrik Kerana Akan Membebankan Rakyat.