PM Tidak Membenarkan TNB Menaikan Tarif Elektrik Kerana Akan Membebankan Rakyat.
Perdana Menteri mengatakan walaupun terdapat keperluan untuk TNB menaikan tarif tersebut tetapi ia hanya melibatkan golongan ,” maha kaya ” atau industri yang mencatat keuntungan,” katanya.

Kuala Lumpur, 27 Dec 2024, 6.00 petang – PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membenarkan Tenaga Nasional Berhad ( TNB ) menaikan tarif elektrik yang mampu menjejaskan perbelanjaan rakyat Malaysia. Untuk itu beliau telah meminta penjelasan mengenai kenaikan itu yang dikatakan akan meningkat naik pada 1 Julai 2025 akan datang.

Dalam pada itu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk memberi penjelasan secara terperinci berhubung perkara tersebut. Perdana Menteri mengatakan walaupun terdapat keperluan untuk TNB menaikan tarif tersebut tetapi ia hanya melibatkan golongan ,” maha kaya ” atau industri yang mencatat keuntungan,” katanya.

Memandangkan rakyat telah terhimpit dengan kos sara yang meningkat, setiap kenaikan pada dasarnya perlu diteliti oleh kerajaan kerana tidak mahu rakyat terbeban. Ini disebabkan kerajaan telah pun mengatakan bahawa keselesaan kehidupan rakyat perlu diberi keutamaan.

Semalam media melaporkan, bermula 1 Julai 2025 ini, tarif elektrik asas di Semenanjung Malaysia akan meningkat 14.2 peratus kepada 45.62 sen/kWj bagi tempoh 2025 hingga 2027.
#Prezcom

Lebih Banyak Berita: