
Kuala Lumpur, 15 Dec 2024, 9.00 malam – SEMEMANGNYA parti politik seperti Umno pada asalnya ditubuhkan untuk membela nasib orang Melayu dimana waktu itu Tanah Melayu berada dibawah jajahan British. Bukan itu sahaja, sikap orang Melayu pada wqktu itu amat dipuji kerana mereka turut bersama membantu parti untuk memudahkan perjalanan parti politik agar mereka dapatĀ merasai kemerdekaan serta tiada lagi dibelenggu dengan sikap penjajah yang menunjukkan kuasa serta cuba untuk merebut apa sahaja yang ada di bumi Tanah Melayu untuk dijadikan milik mereka. Pada zaman itu negara kita begitu kaya dengan hasil bumi seperti bijih timah, kayu balak, rempah ratus dan berbagai tanaman seperti getah dan sebagainya.
Apa bila Tanah Melayu mulai mencapai kemerdekaan, peranan parti politik semakin meluas bukan sahaja sebagai pembela nasib orang Melayu tetapi juga menjadi perancang kepada pembangunan kepada Tanah Melayu kerana diwaktu itu sejarah peninggalan oleh British tidak semua yang kita hapuskan malah ada yang kita gunakan sehingga hari ini seperti sistem pembelajaran, sistem di dalam pekhidmatan kerajaan, memperkembangkan pasukan beruniform, mendirikan sekolah, rumah sakit, dan kemudahan lain. Apa yang ditinggalkan oleh British seharusnya dijadikan sebagai landasan kemordenan untuk terus maju dan diusahakan sendiri oleh anak bangsa Melayu.
Tetapi apa yang berlaku dihari ini sudah tidak lagi seperti yang dirancang malah segala-galanya banyak bergantung kepada parti politik untuk meneruskan kehidupan. Bukan sahaja mengharapkan pembangunan, tetapi juga urusan kehidupan harian masih juga ada diantara orang Melayu yang mengharap bantuan melalui saluran politik. Menjadi penyokong parti politik untuk mengharap bantuan dan habuan tanpa perlu berusaha. Jika diminta untuk berdikari dan belajar selok belok perniagaan ramai diantara akan mula mengecam parti politik tersebut untuk memberi undi pada parti lain sekiranya tututan mereka tidak diikuti.
Ramai orang Melayu menjadi kontraktor sehingga ia sudah melebihi dari jumlah yang diperlukan di dalam pasaran pembinaan. Menunggu projek pemberian kerajaan tanpa membuat sesuatu yang lain sebagai mata pencarian. Inilah sebenar punca mengapa kaum lain memandang rendah kepada orang Melayu dan penjawat awam juga dikaitkan dengan penerima rasuah kerana disogok oleh kaum lain yang inginkan projek dari kerajaan yang memerintah.
Bukan semua orang Melayu malas dan sentiasa mengharap bantuan. Tetapi disebabkan ramai yang sentiasa membuat protest dan merungut jika tidak mendapat bantuan dari kerajaan, maka itu kita sentiasa dipandang rendah dan ada dikalangan pemimpin dari kaum lain berani mengeluarkan kata-kata jelek seperti Melayu menyusahkan kerana sentiasa mahu bantuan. Walaupun kini ramai dikalangan orang Melayu yang berjaya, tetapi masih tidak dapat menandingi kaum lain yang telah jauh meninggalkan kita dengan hasil usaha mereka sendiri.
Bangunlah wahai orang Melayu dari menjadi anak manja dibumi sendiri. Latih anak-anak muda untuk bergiat di dalam dunia perniagaan. Masih boleh mendapatkan bantuan kerajaan tetapi hanya untuk memulakan perniagaan sahaja tetapi bukan untuk perkara lain. Cabar diri sendiri untuk berjaya, jadilah kaum yang bijak untuk kaya dengan hasil usaha yang halal tanpa mengharapkan semata-semata dari bantuan kerjaan.
Sehingga kerajaan yang memerintah negara di hari ini, masih lagi membuka berbagai jalan untuk orang Melayu majukan diri terutama di dalam bidang perniagaan. Jangan menipu untuk membuat pinjaman perniagaan tetapi menggunakan dana yang diberi untuk kegunaan lain dan akhirnya tidak mampu untuk membuat bayaran balik disebabkan tidak menggunakan wang pinjaman untuk tujuan perniagaan. Dimana untuk dapat hasil jika kita tidak berusaha???
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: