Kerajaan Perlu Pertahankan Dan Pelihara Hak Kebebasan Bersuara Rakyat. – Kredit –  MalaysiaKini

Kuala Lumpur, 20 Okt 2024, 11.00 malam – DIDALAM ucapan dasar Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, menggesa kerajaan supaya terus memelihara dan mempertahan hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

Ka Siong meminta supaya Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya menyampaikan gesaan tersebut kepada mereka yang berkaitan bagi memastikan kesuburan demokrasi di Malaysia. Janganlah disebabkan perbezaan pemdapat didalam politik, maka kebebasan bersuara dan kesuburan demokrasi diabaikan.

Beliau berkata Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024, yang akan dibentang untuk bacaan kali kedua dan ketiga dalam sidang Parlimen kali ini, Ka Siong meminta supaya semua pandangan dari pelbagai pihak termasuk MCA diambil kira walaupun ia tiada wakil dalam Kabinet.

Ka Siong berkata, berlandaskan kepada nilai-nilai yang kita dukung selama ini, untuk memastikan apa jua rang undang-undang yang akan menjadi akta pada masa akan datang tidak memberi kesan yang tidak baik dan tidak adil kepada masyarakat.

Menyentuh mengenai UTAR, Ka Siong berkata, harapan yang besar diletakkan kepada Presiden Umno agar dapat terus menyakinkan Perdana Menteri untuk memberikan pengecualian cukai dan menghapuskan tunggakan cukai dan penalti sebanyak RM83 juta yang ditanggungnya, Ka Siong berkata, akar kepada permasalahan itu belum diselesaikan.

Presiden Umno dalam memberi ulasan mengenai perkara itu mengulas perkara itu berkata, beliau akan memperjuangkan perkara itu bersama-sama MCA. Beliau juga berkata, kerajaan bersetuju memberikan pengecualian cukai kepada Yayasan Pendidikan Utar berkenaan.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

ZUSCoffee Antara Pemegang Sijil Halal Malaysia.