Graduan Malaysia Berada Ditahap Rendah Didalam Pasaran Pekerjaan
Bank dunia turut melaporkan bahawa graduan lepasan universiti di Malaysia berkerja didalam pekerjaan yang tidak setaraf dengan kelayakan yang mereka miliki.

Kuala Lumpur, 14 Okt 2024, 6.00 petang – BUKAN sahaja rakyat Malaysia dan pemegang ijazah meluahkan rasa tidak puas hati mengenai pendapatan mereka didalam bidang pekerjaan, malah, baru-baru ini bank dunia turut melaporkan bahawa graduan lepasan universiti di Malaysia berkerja didalam pekerjaan yang tidak setaraf dengan kelayakan yang mereka miliki. Kalaulah pandangan dunia luar juga melihat perkara yang sama, sudah tentu para lepasan geraduan negara ini lebih merasakan kekecewaannya. Graduan Malaysia berada ditahap yang rendah dinegara sendiri.

Menurut laporan Malaysia Economic Monitor, kebanyakkan graduan terpaksa menempuh berbagai cabaran untuk berada ditahap kerjaya yang lebih tinggi. Ramai yang berpendapat, di era zaman yang mencabar ini, tahap pelajaran perlu lebih maksimum seperti perlu mempunyai Master atau PHD untuk mendapatkan kedudukan yang lebih baik dan pendapatan yang lebih tinggi. Jika hanya mempunyai ijazah atau diploma, mereka hanya mampu menjadi kerani atau penyelia didalam syarikat.

Laporan itu juga menyatakan sebanyak 26.9 peratus graduan pada 2022 tidak berada ditempat kelayakan mereka didalam bidang pekerjaan. Mereka tidak dapat menggunakan kemahiran yang mereka miliki didalam pekerjaan yang mereka lakukan. Data tersebut juga menunjukkan peningkatan daripada 8.6 peratus pada tahun 2022. Ini bermakna setiap tahun yang mendatang, keadaan tidak berubah dan menunjukkan pertambahan.

Ini amat mengecewakan kerana para graduan sebanyak 48.6 peratus pekerja yang berpendidikan pada tahun 2022. Selain itu, graduan diploma juga turut berdepan masalah yang sama kerana terpaksa bersaing untuk mendapatkan pekerjaan yang setaraf dengan kemahiran yang dimiliki ekoran terdapat ramai pemegang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang memohon pekerjaan disebabkan kemungkinan tidak dapat melanjutkan pelajaran di Universiti atau tidak lagi berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Dari tahun 2008 hingga tahun 2023, hanya 50,000 kekosongan jawatan ditawarkan, tetapi graduan yang memohon dan cuba untuk merebut jawatan dimaklumkan sekitar 200,000 hingga 350,000. Melalui permohonan itu, dapat dilihat bertapa ramainya graduan yang sedang mengganggur dan mahu mendapatkan tempat yang sesuai dengan kelayakan mereka.

Menurut Bank Dunia Lebih daripada satu perempat pemegang ijazah di Malaysia gagal mendapat tempat yang setaraf dengan ijazah yang atau diploma yang dimiliki. Sekiranya bank dunia dapat mengesan kelemahan dan kekurangan yang dihadapi oleh pasaran pekerjaan Malaysia, adakah ini bermaksud bahawa kerajaan dan majikan Malaysia hanya melihat sahaja apa yang berlaku ? Tidak timbulkah rasa segan atau malu dengan pandangan negara luar terhadap negara kita yang mungkin dianggap kedekut.?

#Prezcom
Lebih Banyak Berita:

Seminar Antirasuah SPRM Bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia.