
Kuala Lumpur , 12 Okt 2024, 5.00 petang – NAMPAKNYA sukar untuk dibendung rasa marah dan kecewa rakyat terhadap kerajaan apabila didalam masa tiga hari ini, rakyat dihidangkan lagi dengan berita kemungkinan subsidi telur akan ditarik balik dan harga sayur-sayuran akan meningkat tiga kali ganda bermula bulan hadapan. Jika keadaan ini berterusan, apa lagi yang rakyat boleh harap dari kerajaan? mungkinkah subsidi telur akan diberi semula sekiranya bekalan telur akan kembali pulih? Adakah bekalan telur memang menghadapi masalah dan musim monsun menyebabkan harga sayur-sayuran dinaikkan?
Sepatutnya, apabila berlaku bencana alam seperti ribut taufan dan banjir, harga makanan seperti sayur-sayuran perlu diberi harga simpati dengan serendah yang mungkin, bukan menaikkan harga kerana rakyat yang terjejas akibat banjir dan ribut tentunya berada didalam keadaan yang susah ketika itu. Ekonomi rakyat terjejas dan bukan keadaan pembekal sahaja yang terjejas. Perkara ini perlu difikirkan oleh kerajaan. Jangan hanya mahu rakyat sahaja yang memikir untuk meneruskan kehidupan.
Rata-rata rakyat amat hairan dengan kerajaan baharu ini apabila sering mengumumkan ketiadaan berbagai barang keperluan utama negara semenjak mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Bukan itu sahaja, malah, subsidi juga banyak yang ditarik. Jika kerajaan sering mengumumkan keadaan sukar sehingga perlu mengubah keadaan dan mengharap rakyat untuk memahami, jadi apa lagi yang boleh diharap dari kerajaan ? Ini bermakna kerajaan berada ditahap yang lemah ?
Negara-negara lain juga mungkin punyai masalah ketidakcukupan barangan asas tetapi ia tidak begitu ketara sepertimana yang dihadapi oleh Malaysia. Bermula dengan kehilangan beras tempatan dipasaran, kemudian minyak masak, gula dan terbaru penarikan subsidi telur yang kini diperingkat cadangan. Alasan untuk penarikan subsidi ini adalah untuk membangunkan sektor agromakanan lain yang lebih mendesak. Adakah ia munasabah??
Isu terbaru adalah kenaikan harga sayur-sayuran dikatakan naik tiga kali ganda dari harga sebelum ini? Tidak nampak dimana jalan penyelesaian untuk isu seperti ini tamat. Adakah harga sayur sedang mulai naik dipasaran seluruh negara ketika ini? Alasannya pada bulan November dan Disember akan berlaku Monsun Timur Laut (MTL) yang berpotensi mengakibatkan hujan lebat dan banjir di beberapa kawasan seluruh negara.
Keadaan cuaca seperti banjir dan hujan telah berlaku sejak dahulu dibulan November dan Disember. Tetapi tiada pengumuman mengenai kenaikan harga sayur-sayuran yang berlipat kali ganda seperti yang diumumkan baru-baru ini. Itu lah yang membezakan kerajaan dahulu dan kerajaan sekarang. Boleh dinilai sendiri kerajaan mana yang lebih memahami keperluan rakyat ? Tugas kerajaan yang memerintah adalah untuk membantu rakyat dan memudahkan hidup rakyat. Jika tidak mampu menjaga keperluan rakyat ada baiknya tukar saja kerajaan yang ada.
Adakah sayur-sayuran dan telur akan dicatukan seperti mana yang berlaku kepada minyak masak?. Semuanya dikawal dan pembelian juga terhad. Tiba-tiba saja perubahan seperti ini berlaku. Sehingga kini tidak kelihatan lagi pihak kerajaan mencari jalan untuk berunding dengan pihak pembekal atau membanteras kartel yang dipercayai menjadi orang tengah yang sebenar-benar mendapat manfaat dari kehilangan barangan asas yang dikawal ini. Tunggu dan lihat, bagaimana perkara ini dapat diatasi.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Tiada Sambutan Ditempat Berniaga Baharu Adalah Perkara Biasa.