
Kuala Lumpur, 25 Sept 2024, 11.00 malam – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pelantikan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam sebagai Menteri Darjah (Chancellor) yang baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia.
Menurut Pejabat Perdana Menteri pelantikan Musa adalah untuk tempoh tiga tahun mulai 13 September 2024 hingga 12 September 2027.Dalam satu kenyataan oleh Pejabat yang sama, perlantikan ini berdasarkan keperluan yang dinyatakan di dalam Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia.
Ia bertujuan untuk memastikan urusan menandatangani watikah-watikah kurniaan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota di bawah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan berjalan lancar. Tugas Menteri Darjah hanya menandatangani watikah untuk memastikan ketulenan watikah yang dikeluarkan dan berjalan lancar.
Jawatan Menteri Darjah bukan berstatus menteri, setiap darjah kebesaran, pingat dan bintang ada watikah dan setiap watikah perlu ditandatangani oleh dua pihak, iaitu Pendaftar Darjah, Menteri Darjah sebelum ditandatangani Yang di-Pertuan Agong.
Sedikit mengenai latar belakang Tun Musa Hitam, beliau dilahirkan pada 18 April 1934 di Segamat, Johor. Pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dari Julai 1981 sehingga Mac 1986.
Selain itu beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri dari 1974 hingga 1978, Menteri Perusahaan Utama dari 1978 hingga 1981 dan Menteri Pendidikan dari 1981-1986.
Pernah menjadi Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB), Pengerusi Sesi ke-51 dan ke-52 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB dan Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia.
Jawatan lain adalah, Pengerusi Emeritus United Malayan Land Bhd, juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Sime Darby Berhad dan Kumpulan Guthrie.
Kredit – Bernama
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: