Pemandu Warga Tempatan Tolak Bayaran Tambang Pemuda Gaza
Didalam video tersebut memaparkan pemandu itu menolak wang tambang yang mahu diberikan oleh pemuda Gaza yang bernama Anas Oglu.

Kuala Lumpur, 25 Sept 2024, 9.00 malam – TULAR dimedia sosial sebuah video mengenai kemuliaan hari seorang pemandu warga tempatan yang menolak untuk mengambil bayaran tambang seorang penumpang setelah mengetahui bahawa pemuda berkenaan berasal dari Gaza Palestin.

Didalam video tersebut memaparkan pemandu itu menolak wang tambang yang mahu diberikan oleh pemuda Gaza yang bernama Anas Oglu itu telah dimuat naik ke instagram miliknya baru-baru ini.

“Pemandu Malaysia enggan mengambil wang daripada saya selepas dia mengetahui saya dari Gaza dan juga orang Palestin,” katanya pada kapsyen.

Kelihatan didalam video itu, pemandu tersebut berkali-kali menolak wang tambang yang dihulurkan kepadanya dan membuatkan Anas menjadi serba salah.

Pemandu itu berkata kepada Anas awak simpan saja duit itu. Saya bayarkan untuk awak. Kita sama-sama muslim dan kita kawan.

Kita muslim dan saya harap awak seronok dengan kebebasan dan selamat di sini,” kata pemandu tersebut.

Ekoran dari paparan video tersebut rata-rata rakyat Malaysia yang melihatnya di media sosial begitu memuji tindakan pemandu tersebut sambil mengalu-alukan kedatangan Anas ke Malaysia.

Seorang pengguna media sosial memberi komen memgatakan “kamu saudara kami dan selamat datang ke Malaysia.

Selamat datang ke Malaysia Anas. Jadikan Malaysia rumah kedua, kami sayangkan Palestin dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan,” kata individu lain.

Difahamkan Anas merupakan seorang pengamal media sosial di Gaza tiba di Malaysia selepas berjaya mencari jalan keluar dari negaranya.

Kredit – Kosmo

#Prezcom

Lebih Banyak Berita: