
Kuala Lumpur, 22 Sept 2024, 12.00 malam – PENGARAH Jentera Pemuda PN Johor PRK DUN Mahkota, Mohd Idzharruddin Mohd Nasirruddin dan Pemuda Perikatan Nasional (PN) Johor, menyifatkan dakwaan DAP kononnya PN menyebarkan surat layang yang bertujuan untuk menakutkan penduduk Cina supaya tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September nanti adalah sebagai satu tuduhan yang jahat.
Idzharruddin berkata, mengapa dengan tiba-tiba sahaja DAP membuat sidang media dan mendedahkan isi kandungan surat tersebut ? Menurut Idzharruddin lagi DAP ibadat ‘baling batu, sembunyi tangan’. kemungkinan perbuatan tersebut sebenarnya dilakukan oleh DAP ? Tetapi menuduh PN yang melakukannya ?. Ianya masih lagi menjadi tanda tanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PN PRK DUN Mahkota di Kampung Melayu di sini, pada Ahad.
Sidang media DAP itu seolah-olah satu cubaan untuk menyebarkan isi kandungan surat berkenaan kepada lebih banyak media dan mendedahkan isi kandungannya,” katanya.
Pada Sabtu lepas, Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi mengadakan sidang akhbar mengecam tindakan pihak yang belum diketahui, menyebarkan surat layang yang dicetak didalam bahasa mandrin dan diedarkan melalui peti surat dari rumah ke rumah di DUN tersebut pada tengah malam jumaat yang lalu.
Shu Qi mendedahkan isi kandungan surat berkenaan yang mengajak pengundi Cina di Dun berkenaan untuk menghukum Umno sebagai pengajaran kepada tindakan Dr Akmal terhadap pemimpin DAP mengenai isu pensijilan halal Jakim.
Dalam pada itu, PN mencalonkan Mohamad Haizan Jaafar, 61, manakala BN meletakkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, bagi mempertahankan kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) lalu.
Kredit – Sinar
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: