Kuala Lumpur, 22 Sept 2024, 11.00 malam – AHLI Jawatankuasa DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, menggesa supaya Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan menyelesaikan masalah salah faham antara mereka mengenai isu pensijilan halal yang membawa kepada tindakan undang-undang oleh Teresa terhadap Dr Akmal.
Gesaan permohonan maaf itu dibuat ekoran dari pengumuman oleh jemaah menteri bahawa pensijilan halal tidak diwajibkan kepada semua restoran mengikut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Menurut beliau semua parti dan pemimpin politik perlu menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai Undang-undang Tertinggi dan Kontrak Sosial tubuh negara termasuk Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama manakala Islam kekal sebagai agama rasmi.
Kontrak Sosial bukan sahaja sebagai undang-undang tertinggi malah penentu kepada segala dasar dan pembimbing kepada kerajaan dan ia wajib dijadikan prinsip dan rujukan oleh semua pihak termasuk parti-parti politik.
Perkara 3 juga menyatakan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama ditadbir urus oleh sebuah Majlis yang ditubuhkan oleh Raja-raja Melayu di bawah nasihat Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan.
Pada pandangan Cheng Hau, apa yang disuarakan oleh Naib Presiden DAP itu dibuktikan melalui keputusan kabinet berdasarkan kedaulatan undang-undang dan pandangan terhadap Perlembagaan Persekutuan.
Cheng Hau berpendapat bahawa Ahli Parlimen Pasir Puteh itu menyuarakan kebimbangan terhadap semua lapisan masyarakat termasuk peniaga kecil Melayu dan Bukan Melayu ketika rakyat menghadapi masalah ekonomi kerana tidak mahu golongan itu terbeban dengan kos pengurusan dan kesulitan dalam membuat permohonan mengenai pensijilan halal berkenaan.
Alasan Cheng Hau supaya Dr Akmal memohon maaf secara mutlak bukan sahaja kepada Teresa tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menunjukkan beliau adalah seorang ahli politik yang matang dan tidak mengulangi perkara tersebut yang disebut ” politik melampau” .
Isu ini bermula apabila Teresa mendakwa Teresa , pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela dan membiarkan pihak pengusaha untuk membuat keputusan mengikut kehendak pasaran dan tidak secara memaksa.
Katanya, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan serta beban kepada perniagaan kecil.
Menerusi satu hantaran video di TikTok, Dr Akmal melabelkan Teresa sebagai ‘nyonya tua’ dan tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam berkaitan pensijilan halal dan mahu menampal logo tidak halal pada dahi Ahli Parlimen daripada DAP tersebut.
Berikutan kenyataan yang dibuat oleh Dr Akmal, Teresa telah mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Jawapan yang diberi oleh Dr Akmal susulan tindakan Teresa itu adalah beliau bersedia untuk berjumpa dengan pemimpin DAP itu di mahkamah nanti.
Kredit – Sinar
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: