
Kuala Lumpur, 17 Sept 2024, 1.00 petang- YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan agar polis menjalankan siasatan dengan segera secara menyeluruh berhubung isu rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) yang dikaitkan dengan isu jenayah serta penganiayaan keatas kanak-kanak.
Baginda bertitah bahawa perkara ini dipandang serius olehnya selepas pelbagai berita berkenaan syarikat ini dilaporkan dan disiarkan di dalam media massa berkaitan rumah amal tersebut.
Baginda bertitah, “Saya mahu siasatan menyeluruh dijalankan dan tindakan segera diambil,” titah seri paduka baginda kepada Royal Press Office hari ini.
Laporan oleh berbagai media pada 11 September 2024, polis telah berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 18 rumah amal di Selangor dan dua di Negeri Sembilan menerusi gerakan ‘Op Global’ yang dilancarkan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata mangsa terdiri daripada 201 kanak-kanak dan remaja lelaki dan 201 perempuan. Beliau berkata, hasil serbuan itu mendedahkan berlaku kesalahan pengabaian serta penganiayaan terhadap kanak-kanak dan remaja yang juga penghuni di rumah amal itu.
Susulan kes itu, seramai 171 individu ditahan, termasuk 105 wanita berusia 17 hingga 64 tahun,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.
Kredit – MalaysiaKini
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Tiada Hasrat Untuk Jalinkan Semula Hubungan Politik Bersama PAS.