
Kuala LKumpur, 31 Ogos 2024, 9.00 malam – MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata kementeriannya bertekad untuk mencapai matlamatnya iaitu ‘Shelter for All.’ Kementerian tersebut telah bersedia untuk menyediakan banyak lagi perumahan mampu milik untuk rakyat seperti yang digesa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), bertekad dan berusaha gigih untuk meningkatkan keselesaan rumah mampu milik terutamanya untuk golongan berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar.
Kesungguhan kementerian tersebut untuk menyediaan perumahan mampu milik ini bukan sahaja memastikan ia berkualiti, tetapi juga mengambil kira lokasi yang strategik malah, mempunyai berbagai kemudahan untuk menyenangkan pergerakkan dan kehidupan penduduk.
Kor Ming berkata, kementerian memperuntukkan hampir RM1 bilion setiap tahun untuk pelbagai inisiatif perumahan sosial. “Pada tahun 2024, KPKT memperuntukkan RM546 juta untuk Program Perumahan Rakyat (PPR) dan RM358 juta untuk Rumah Mesra Rakyat.
Kerajaan telah pun merangka cadangan untuk menyediakan 500,000 unit perumahan mampu milik kepada semua rakyat tanpa mengira kaum atau agama. Perancangan ini telah pun diselaraskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Inisiatif ini diterajui oleh agensi seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) bagi membina sekurang-kurangnya 5,000 unit masing-masing setiap tahun,” katanya.
Kajian yang dijalankan oleh Institut Kajian Khazanah pada tahun 2023, lebih daripada 60 peratus responden secara umum menyatakan, mereka amat berpuas hati dengan tahap keselesaan di PPR. Kajian yang dibuat membabitkan 3,800 isi rumah di lima PPR.
Dalam satu wawancara sebelum ini, kor ming menyatakan, kementeriannya sedang berusaha untuk menjenama semula program PPR kepada Program Residensi Rakyat (PRR) dan memperkukuh inisiatif ini untuk memastikan ia setaraf dengan perumahan antarabangsa iaitu mengikuti program perumahan sosial di negara maju seperti Singapura dan Jepun,” katanya
Kredit – Berita Harian
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Isu SD. Pemuda Bersatu Buat Laporan Polis, Tuduh Zahid Tipu Agong.