Isu SD. Pemuda Bersatu Buat Laporan Polis, Zahid Tipu Agong.
Ahmad Zahid dituduh oleh Akmal Zahin menipu dan mengelirukan Yang Dipertuan Agong sebelum ini.

Kuala Lumpur, 31 Ogos 2024, 1.00 tengahari – TIMBALAN Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi, dituduh menipu dan mengelirukan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini. Dengan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Pengerusi Tetap Pemuda Bersatu Akmal Zahin Zainal Zahir yang mendakwa ia merupakan satu kesalahan jenayah serius. Akmal Zahin telah membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.

Akmal Zahin merujuk dakwaan Ahmad Zahid bahawa dia mempunyai semua 30 akuan berkanun (SD) ahli parlimen BN yang menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, sebaik selepas PRU15. Ahmad Zahid juga mengakui telah menghantar surat ke Istana Negara selepas ahli Parlimen mereka menarik balik sokongan kepada Muhyiddin Yassin dan kekal neutral.

Isu mengenai SD ini kembali hangat diperkatakan apabila Pengerusi Perikatan Nasional (PN) iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut perkara berkenaan didalam ceramahnya ketika PRK Nenggiri sebelum ini.

Pada 21 Ogos lalu, Muhyiddin berkata dia telah menyerahkan 115 SD dan menyerahkan juga surat akuan penerimaan SD berkenaan daripada setiausaha sulit Al-Sultan Abdullah kepada pihak polis untuk siasatan.

SD tersebut dikumpulkan selepas PRU15, yang berakhir dengan Parlimen tergantung. Sehari selepas itu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tampil menjelaskan 10 SD daripada ahli Parlimen BN itu tidak sah.

Akmal Zahin menggesa Zahid disiasat di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan pada masa yang sama meminta supaya polis menyiasat mengenai 30 ahli Parlimen BN yang dititah oleh Yang Dipertuan Agong menghadap secara individu pada jam 10.30 pagi di Istana Negara pada 22 November 2022. Namun yang berlaku bukan 30 ahli parlimen tetapi tiga sahaja yang datang,” dakwanya.

Akmal Zahin berharap supaya Ahmad Zahid disiasat jika terdapat sebarang arahan daripada Ahmad Zahid yang melarang mereka daripada menghadap dan menyatakan pendirian mereka dalam soal pelantikan perdana menteri.

Satu lagi laporan polis dibuat oleh Pemuda Bersatu mengenai salah guna kuasa Zahid selaku Menteri Kemahuan Desa dan Wilayah ketika mengumumkan pemberian elaun kepada Skuad Sabil.

Menurut Setiausaha kerja Pemuda Bersatu Meor Naqiuddin berkata pemberian elaun kepada Skuad Sabil tidak sepatutnya menggunakan duit rakyat untuk melakukan kerja parti politik.

“Kalau begitu, mana-mana badan beruniform sukarela, seperti Unit Amal PAS patut dapat jugalan elaun. Tetapi kerana Zahid menteri yang jaga Angkatan Pertahanan Awam (APM), dia guna kuasa itu untuk beri keuntungan kepada skuad (Sabil) yang di bawah Umno.” Katanya.

Meor bertanya, atas alasan apa melayakkan Skuad Sabil diberi elaun guna dana kerajaan,?” katanya lagi. Beliau juga tidak menolak pihaknya akan turut membuat laporan kepada SPRM berhubung perkara itu.

Semasa ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 Sabtu lalu, pengumuman mengenai pemberian elaun kepada Skuad Sabil oleh Ahmad Zahid mencetuskan pertikaian dalam kalangan pembangkang yang mempersoalkan bagaimana jentera politik Umno boleh diberikan elaun menggunakan dana kerajaan.?

Kredit – Malaysiakini

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Raja Bomoh Dipanggil Oleh MUfti Wilayah Persekutuan Mungkin Untuk Dibasuh.